Wednesday, April 28, 2010

Ketidakseimbangan

  1. Pada tahun 1990, PM ketika itu telah melahirkan ilham Wawasan 2020 iaitu sasaran untuk menjadikan negara Malaysia diiktiraf sebagai negara maju.
  2. Namun setelah 20 tahun berlalu, apakah rakyat Malaysia bakal mendapat pengiktirafan sebagai rakyat sebuah negara maju berbekalkan baki tempoh 10 tahun mendatang.
  3. Tidak dapat dinafikan pembangunan berbentuk fizikal agak memberansangkan dengan bangunan pencakar langit tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, lebuh-lebuh raya bertaraf dunia, lapangan terbang dan juga pertambahan kereta di jalan-jalan raya.
  4. Namun, ianya tidak diseimbangkan dengan pembangunan kemanusiaan. Sebagai contoh, bangunan tersergam indah tetapi tandas awamnya meloyakan akibat sikap pengotor, hatta terdapat tandas masjid yang sepatutnya menjadi lambang kebersihan dan kesucian turut dicemari dengan sikap pengatur segelintir rakyat, rakyat kita mempamerkan mentaliti kelas pariah semasa memandu, bilangan jenayah dan penagihan dadah seolah-olah di luar kawalan.
  5. Pembangunan kemanusiaan kita menampakkan kita jauh ketinggalan untuk diiktiraf sebagai negara maju, dengan sistem kehakiman yang masih tidak dipercayai dunia, kebebasan media yang hanya diiktiraf oleh kerajaan kita dan banyak lagi ketempangan yang masih tidak melayakkan kita untuk memperolehi pengitirafan sebagai negara maju.
  6. Bagi negara-negara yang telah diiktiraf sebagai negara maju, memang terdapat gejala sikap negatif seperti yang dinyatakan di atas, TETAPI ianya adalah terkawal, manakala negara kita seolah-olah terlalu kritikal.
  7. Kita tidak perlu pergi jauh untuk membandingkan status, lihat saja Singapura jiran terdekat kita, walaupun ada yang tidak suka, namun kita harus mengakui hakikatnya.
  8. Negara kita perlukan satu anjakan yang besar untuk membangunkan nilkai-nilai kemanusiaan sejajar dengan proses pembentukan tamaddun. Ianya membabitkan dasar kerajaan, pendidikan, penguatkuasaan dan kecekapan pentadbiran dan bukannya kecekapan berpolitik untuk mengekalkan pengaruh atau kuasa.

No comments:

Post a Comment