Tuesday, November 22, 2011

Buah Pecahan

Friday, November 11, 2011

DARI MANAA DATANGNYA REZEKI?

  1. Tatkali membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran, saya seringkali terbaca ayat yang maksudnya lebih kurang begini,"Kami tidak meminta rezeki dari kamu, malah Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu". Perkataan 'Kami.." bermaksud Allah SWT, manakala perkataan "....kamu" dalam ayat tersebut bermaksud umat manusia.
  2. Rezeki membawa skop yang agak luas; antaranya kesihatan tubuh yang baik, makanan dan minuman yang disuap ke mulut, nikmat selera menikmati kelazatan dan kesedapan makanan yang dijamah, kemudahan tempat tinggal, pakaian dan keselesaan menggunakan kenderaan. Di zaman moden ini, skop rezeki menjadi lebih luas, mencakupi kemnudahan alat telekomunikasi serta lain-lain nikmat kemudahan yang dikecapi, contoh seperti keselesaan tinggal dalam rumah atau bilik berhawa dingin.
  3. Rezeki, bolehlah ditafsir sebagai apa sahaja yang dapat dinikmati oleh makhluk, sama ada manusia, haiwan mahupun golongan jin.
  4. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah ditetapkan rezeki. Rezeki akan terhenti apabila seseorang manusia itu meninggal dunia untuk beralih ke alam barzah sementara menanti kiamat. Sebab itulah apabila mukjizat Nabi Isa a.s. yang menghidupkan seseorang yang telah mati beribu-ribu tahun melarang para sahabatnya yang ingin membawa pulang hamba Allah umat Nabi Nuh a.s. tersebut ke rumah mereka untuk menunjukkan kepada ahli keluarga yang lain dilarang kerana rezekinya sudah terhenti.
  5. Wang ringgit yang hanyalah helaian kertas bukanlah rezeki, namun hari ini, bila bercakap soal rezeki, wang ringgit lah yang akan terbayang di kepala otak kita. Kertas yang bernama wang itu hanyalah alat untuk menukar untuk memperolehi rezeki.
  6. Andaikata seseorang itu memiliki wang berjuta di dalam akaun, ianya belum tentu boleh ditukar bagi mendapatkan rezeki. Namun hari ini, manusia menganggap wang lah segalanya malah ramai yang bertuhankan wang. Namun ramai yang tidak mengaku.
  7. Manusia perlu disedarkan definisi rezeki yang sebenarnya, dari mana datangnya rezeki dan untuk siapakah rezeki tersbut andaikata seseoran dilimpahi rezeki yang banyak.
  8. Rezeki BUKAN di tangan manusia tetapi terdapat manusia yang diamanahkan rezeki yang melimpah ruah untuk diagih-agihkan kepada manusia yang lain, sama ada kepada anak-anak, isteri, ibubapa dan juga bersedekah kepada yang memerlukan, dan yang paling penting ialah menunaikan zakat.
  9. Adalah kufur jika kita mengatakan rezeki itu datangnya dari makhluk atau sekumpulan makhluk atau nama modennya parti politik, Rezeki itu datang daripada Allah SWT, hati makhluk digerakkan untuk mengagih rezeki. Neraka disediakan bagi manusia yang tidak mengagih rezeki yang diamanahkan kepadanya dengan betul.
  10. Para ulamak disarankan menerangkan tentang rezeki ini kepada umat Islam bagi membetulkan akidah sebahagian dari kita yang telah terpesong akibat yafsiran yang salah tentang rezeki. Malah ustaz envelope seperti Ustaz Kazim disarankan bertaubat atau jangan mengikuti cara sebahagian rabbi Yahudi.