Tuesday, June 28, 2011

Kisah dan Tauladan


  1. Aku kerapkali mendengar kisah kebesaran Allah yang disaksikan oleh pelajar-pelajar kita di bumi Mesir tentang kisah seorang hafizah Malaysia yang menemui ajal di sana.
  2. Apabila kamar makamnya dibuka setelah bertahun-tahun di liang lahad, keadaan jasadnya tetap segar, pipinya dikatakan masih kemerah-merahan.
  3. Seronok juga mendengar cerita terutama daripada mereka yang pernah melawat kubur tersebut yakni bekas-bekas pelajar Azhar.
  4. Kebanyakan versi yang sama, sampai di Mekah pun ada juga seorang sahabat yang menceritakan tentang mayat hafizah tersebut.
  5. Tetapi ada juga yang turut melawat makam seorang Sheikh, yakni seorang ulama pro- kerajaan Hosni Mubarak yang juga merupakan seorang tahfiz, tetapi yang tinggal hanya serpihan tulang dan bau teramat busuk yang mencucuk hidung.
  6. Perkuburan di tanah Arab ibarat bilik terowong bawah tanah, yang mayat akan dimasukkan ke dalamnya bersusun-susun.
  7. Oleh itu, bagi yang bergelar ulamak jika bersekongkol dengan pemimpin yang lemah aqidah agamanya sampai bini pun tak mampu dipimpin, maka dengan ulamak, dengan pemimpin dan dengan bini pemimpin akan dipimpin ke neraka dan dihimpit dalam kubur sampai reput.
  8. Beringat-ingatlah penyokong-penyokong pemimpin.

Wednesday, June 15, 2011

Silat Lincah

Assalamualaikum. Post ini merupakan sumber rujukan ahli-ahli silat lincah yang masih di peringkat pertama atau dikenali dengan taraf kuning-kuning. video