Saturday, January 10, 2015

Daulah Islamiyah ISIS mujahidin yang banyak dicela sesama muslim

Tuesday, December 27, 2011

FAHAMAN KAUM MUDA YANG TERBUKTI GAGAL

video
  1. Ketika belajar sejarah semasa sekolah menengah maupun di universiti, kita disajikan dengan topik kemunculan kaum muda di Tanah Melayu yang terpengaruh dengan reformis atau gerakan Islah di timur tengah.
  2. Nama-nama seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi digambar sebagai pencetus nasionalisme di Tanah Melayu atau dalam bahasa yang mudah difahami sebagai wira atau hero.
  3. Realitinya, kemunculan golongan ini bukan saja di Tanah Melayu, namun hampir di seluruh dunia Islam termasuklah di jazirah Arab yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang mana penganut fahaman kaum muda di sana dikenali sebagai puak wahabbi.
  4. Jika direnung dengan mata hati, wujud elemen yang tidak kena dengan kewujudan fahaman kaum muda ini. Ianya ibarat dirancang dengan penuh ketelitian menjelang kejatuhan Khalifah Osmaniah atau Ottoman Empire yakni kerajaan sistem khilafah terakhir umat Islam yang berpusat di Istanbul, Turki, malah di Turki sendiri wujudnya kaum muda yang dikenali sebagai The Young Turks, pimpinan Mustafa Kemal atau dikenali sebagai Kemal Attaturk.
  5. Fakta yang dikemukakan dalam buku teks sejarah menggambarkan fahaman yang dibawa oleh kaum muda ini cukup realistik dan positif, yakni pemurnian semula ajaran Islam dengan membuang segala amalan khurafat dan bida'ah dalam beribadat yang kononnya sebagai punca kelemahan umat Islam.
  6. Namun, hakikatnya fakta tersebut disusun oleh pihak penjajah barat yang menguasai dunia pada masa itu dan juga pada masa kini. Hakikatnya juga, kelemahan umat Islam pada masa itu adalah kerana umatm makin jauh dari landasan asal akibat leka dengan kejayaan lampau dan kemewahan rezeki yangf dikurniakan Allah SWT. Sebagai contoh pentadbiran Khalifah Osmaniah yang sejak zaman Sultan Muhammad alFateh begitu teguh dengan amalan Islam telah leka dengan kemewahan duniawi yang membawa kepada kejatuhan ekonomi, dan diselubungi dengan amalan rasuah, sehingga ia digelar sebagai The Sick Man of Europe.
  7. Punca sebenar kelemahan ialah semakin jauh dari amalan tradisi Islam, bukannya masalah yang kaum muda dakwa sebagai bida'ah atau khurafat. Tidak dinafikan terdapat segelintir umat Islam yang agak keterlaluan dan menyimpang seperti memuja kubur para wali secara berlebihan yang membawa kepada syirik, namun apabila kaum muda menuduh sebahagian besar amalan tradisi umat Islam sebagai bida'ah dan khurafat adalah salah sama sekali.
  8. Kaum muda ini terbahagi kepada dua jenis iaitu satu yang agak agresif menentang amalan tradisi golongan sunah wal jamaah yakni mereka yang mendokong fahaman Muhamad bin Abd Wahab dan satu lagi golongan yang agak liberal dalam melawan fahaman tradisi yang mereka gelar sebagai kaum tua. Namun matlamat kedua-duanya adalah sama yakni hasrat untuk menghalang umat Islam mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
  9. Setelah sekian lama umat Islam berpegang kepada amalan sunah wal jamaah yang terdiri daripada empat mazhab yang menghormati antara satu sama lain dan telah melewati beberapa dinasti khilafah bersilih ganti yang turut menyumbang kepada tamadun dunia, seperti Khalifah Rashidin,Umaiyah, Abbasiyah, Seljuk, Ayubbiah dan akhir sekali Osmaniah, tiba-tiba muncul segolongan manusia yang dikenali sebagai Kaum Muda yang merupakan perancangan teliti pihaki barat untuk memesongkan akidah umat Islam, selaras dengan pandangan salah seorang Raja England yakni King Richard The Lion Heart yang pernah menyatakan yang umat Islam hanya boleh ditundukkan apabila akidah sebenarnya dipesongkan.
  10. Langkah pertama mereka ialah melekakan Sultan dalam kerajaan Khilafah Osmaniah dengan kemewahan duniawi termasuk wanita yang akhirnya membawa kepada hampir muflis dan terpaksa meminjam wang dari bank-bank riba Eropah. Untuk memastikan umat Islam benar-benar terpesong, disebarkan fahaman nasionalisme kepada wilayah-wilayah Arab di samping melahirkan golongan ulamak sebagai mana fahaman Kaum Muda untuk menghalang umat Islam dari kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
  11. Kaum Muda sejak dahulu lagi menyata proses penyucian hati dalam ilmu tasawuf yakni amalan tarekat sebagai bidaah dan sesat, sedangkan ilmu tasawuf lah antara cabang ilmu yang dapat melahirkan umat berkualiti dan beramanah. Kaum Muda menolak ibadat rohaniah secara berlebihan, sedangkan kaedah itulah yang telah melonjakkan ketamadunan Islam. Pendek kata Kaum Muda cuba menghalang menusia mengabdikan diri kepada Allah SWT, dan sewajarnya golongan sebegini dibunuh kerana menghalang penyerahan diri kepada Allah.
  12. Kaum Muda telah membawa kepada kejahilan umat Islam apabila menghadkan ibadat kepada Allah kerana kononnya menyebabkan umat Islam mundur. Umat Islam disaran meniru cara orang kafir berfikir dan bekerja. Kaum Muda telah membawa budaya sekular ke atas Muslim.
  13. Fahaman tersebut telah berjaya, sebagai contoh cuba kita renung kembali budaya umat Islam di tahun-tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an. Umat Islam kelihatan begitu jauh dari identiti Muslim, amat sedikit wanita Muslim yang menutup aurat, meminum arak menjadi perkara biasa pada masa itu. Umat Islam seolah-olah menjadi kurang mengenali agama sedangkan orang Melayu menerima Islam sejak 500 tahun yang lalu. Begitu juga dengan bangsa Arab, terlalu jauh dari ajaran Nabi Muhammad, apabila kembali mengamalkan assabiyah atau bahasa modennya nasionalisme, sehingga kota suci Baitulmaqdis atau Jerusalem terlepas ke tangan Yahudi Zionis.
  14. Sesungguhnya, amalan tradisi sufi umat Islam sejak zaman dahulu telah menjadikan Islam kuasa terkuat di dunia, namun amalan tersebut telah dikafirkan oleh golongan kaum wahabbi dan kaum muda yang lain. Ia dituduh sebagai bida'ah dan sesat. Amat hairan sekali apabila amalan para wali dituduh sesat tanpa dalil yang jelas.
  15. Namun sejak kemunculan Kaum Muda termasuk puak Wahabbi yang terang-terangan dibiayai oleh Britain untuk melemahkan Khilafah Othmaniah, apakah umat Islam kembali menjadi kuat ? Jawapannya tentulah TIDAK walau Allah mengurniakan rezeki yang murah kepada mereka, namun mereka menjadi kufur dengan kekayaan yang Allah kurniakan pada mereka.

Tuesday, November 22, 2011

Friday, November 11, 2011

DARI MANAA DATANGNYA REZEKI?

  1. Tatkali membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran, saya seringkali terbaca ayat yang maksudnya lebih kurang begini,"Kami tidak meminta rezeki dari kamu, malah Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu". Perkataan 'Kami.." bermaksud Allah SWT, manakala perkataan "....kamu" dalam ayat tersebut bermaksud umat manusia.
  2. Rezeki membawa skop yang agak luas; antaranya kesihatan tubuh yang baik, makanan dan minuman yang disuap ke mulut, nikmat selera menikmati kelazatan dan kesedapan makanan yang dijamah, kemudahan tempat tinggal, pakaian dan keselesaan menggunakan kenderaan. Di zaman moden ini, skop rezeki menjadi lebih luas, mencakupi kemnudahan alat telekomunikasi serta lain-lain nikmat kemudahan yang dikecapi, contoh seperti keselesaan tinggal dalam rumah atau bilik berhawa dingin.
  3. Rezeki, bolehlah ditafsir sebagai apa sahaja yang dapat dinikmati oleh makhluk, sama ada manusia, haiwan mahupun golongan jin.
  4. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah ditetapkan rezeki. Rezeki akan terhenti apabila seseorang manusia itu meninggal dunia untuk beralih ke alam barzah sementara menanti kiamat. Sebab itulah apabila mukjizat Nabi Isa a.s. yang menghidupkan seseorang yang telah mati beribu-ribu tahun melarang para sahabatnya yang ingin membawa pulang hamba Allah umat Nabi Nuh a.s. tersebut ke rumah mereka untuk menunjukkan kepada ahli keluarga yang lain dilarang kerana rezekinya sudah terhenti.
  5. Wang ringgit yang hanyalah helaian kertas bukanlah rezeki, namun hari ini, bila bercakap soal rezeki, wang ringgit lah yang akan terbayang di kepala otak kita. Kertas yang bernama wang itu hanyalah alat untuk menukar untuk memperolehi rezeki.
  6. Andaikata seseorang itu memiliki wang berjuta di dalam akaun, ianya belum tentu boleh ditukar bagi mendapatkan rezeki. Namun hari ini, manusia menganggap wang lah segalanya malah ramai yang bertuhankan wang. Namun ramai yang tidak mengaku.
  7. Manusia perlu disedarkan definisi rezeki yang sebenarnya, dari mana datangnya rezeki dan untuk siapakah rezeki tersbut andaikata seseoran dilimpahi rezeki yang banyak.
  8. Rezeki BUKAN di tangan manusia tetapi terdapat manusia yang diamanahkan rezeki yang melimpah ruah untuk diagih-agihkan kepada manusia yang lain, sama ada kepada anak-anak, isteri, ibubapa dan juga bersedekah kepada yang memerlukan, dan yang paling penting ialah menunaikan zakat.
  9. Adalah kufur jika kita mengatakan rezeki itu datangnya dari makhluk atau sekumpulan makhluk atau nama modennya parti politik, Rezeki itu datang daripada Allah SWT, hati makhluk digerakkan untuk mengagih rezeki. Neraka disediakan bagi manusia yang tidak mengagih rezeki yang diamanahkan kepadanya dengan betul.
  10. Para ulamak disarankan menerangkan tentang rezeki ini kepada umat Islam bagi membetulkan akidah sebahagian dari kita yang telah terpesong akibat yafsiran yang salah tentang rezeki. Malah ustaz envelope seperti Ustaz Kazim disarankan bertaubat atau jangan mengikuti cara sebahagian rabbi Yahudi.

Monday, July 11, 2011

DEMOKRASI


  1. Demokrasi berasal daripada istilah Yunani/Greek yakni "demos" dan "kratos". "Demos" bererti rakyat, "kratos"bermaksud perintah. Dalam pengertian yang lebih mudah, demokrasi bermaksud diperintah oleh rakyat.
  2. Menjelang abad ke 20, demokrasi mula menjadi suatu amalan yang wajib lebih-lebih lagi sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kemunculan negara-negara dunia ketiga yang dimerdekakan.
  3. Sebahagian besar negara-negara di dunia mengamalkan demokrasi sama ada negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis , sosialis maupun komunis. Malaysia antara negara dunia ketiga yang mengamalkan demokrasi di samping mengekal sistem beraja sebagaimana Britain.
  4. Amalan demokrasi di kebanyakan negara menyaksikan tampuk pemerintahan silih berganti, seperti di Jepun parti LDP tewas, begitu juga di India, Congress Party tewas kepada BJP tetapi menang semula selepas dua penggal menjadi pembangkang. Di Indonesia setelah era reformasi, melihat kejatuhan parti Golkar kepada PDI-P dan kemudian diganti oleh PDI pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.
  5. Begitulah amalan demokrasi, kuasa rakyat silih berganti, begitu juga dengan demokrasi bagi negara komunis yang mengamalkan sistem satu parti melihatkan kejatuhan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.
  6. Elemen-elemen demokrasi moden bagi pelbagai parti adalah bersifat seperti berikut; a) Perlembagaan yang menghadkan kuasa atau pemisahan kuasa yakni pembahagian kuasa antara pentadbiran parti pemerintah dengan institusi kehakiman bertujuan mengelakkan salah guna kuasa. b) Pilihanraya yang bebas dan adil dan rakyat diberi hak dan kebebasan untuk mengundi. c) Kebebasan bersuara seperti berceramah, berhimpun dan sebagainya. d) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. e) Kebebasan berpersatuan, f) Perlaksanaan mengikut undang-undang atau 'rule of law' g) Rakyat berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia.
  7. Sejak pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu atau Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sejak itu tampuk pentadbiran negara dikuasai oleh parti nasionalis Melayu yang bernama United Malays National Organisation bersama parti-parti yang menjadi sekutunya.
  8. Parti ini dikatakan telah menerima mandat sejak lebih 54 tahun yang lalu.
  9. Persoalannya kini apakah parti tersebut bersedia menerima kekalahan andainya ditolak rakyat atau apakah parti tersebut bersedia melaksanakan pilihanraya dengan adil selaras dengan prinsip asas demokrasi?

Monday, July 4, 2011

Tradisi Fitnah



  1. Rasulullah pernah bersabda bahawa kota Contantinople bakal ditakluk oleh umat Islam dengan menyatakan" rajanya sebaik-baik raja yang akan menakluk kota tersebut bersama-sama tenteranya yang sebaik-baik tentera".
  2. Setelah hampir 800 tahun sabda nabi, maka Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menumbangkan empayar Byzantine atau juga dikenali sebagai Rom Timur dan seterusnya menakluk Constantinople dan berjaya menembusi kota yang kebal ini dan ditukar kepada nama Islambol.
  3. Sabda Rasulullah amat tepat sekali, bersesuaian dengan mukjizat Allah kepada baginda yang meramalkan sesuatu kejadian masa depan dengan tepat.
  4. Malah, catatan sejarah juga membuktikan Sultan Muhammad al-Fateh seorang yang warak dan berilmu. Beliau dikatakan tiadak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah, solat sunat rawatib dan juga solat tahajud seumur hidupnya.
  5. Namun, beliau tiadak lari daripada menjadi mangsa fitnah sarjana barat, yang kononnya beliau juga seorang homoseksual yang pernah meminta seorang bangsawan Kristian menyerahkan anak lelakinya yang tampan berumur 14 tahun sebagai bahan untuk memuaskan nafsunya.
  6. Adalah fitnah semata-mata, fakta yang dikemukakan oleh sarjana barat yang sentiasa cemburu dan sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai sabda Nabi Muhammad daripada mempercayai serangan fitnah sarjana barat.
  7. Walaubagaimanapun, kaedah memfitnah seseorang tokoh dengan mengaitkan dengan masalah moral telah menjadi ikutan dalam permainan politik moden termasuk di Malaysia.
  8. Sedangkan Sultan Muhammad alFateh boleh difitnah sebegitu, inikan pula Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya dengan menyertai UMNO.
  9. Walaupun beliau mendakwa ingin mencuci UMNO dari dalam, tetapi adalah mustahil hendak mencuci tong najis yang mana orang tidak akan berhenti berak didalamnya, sehinggakan orang yang nak mencuci turut sama terpalit kotoran najis tersebut.

Tuesday, June 28, 2011

Kisah dan Tauladan


  1. Aku kerapkali mendengar kisah kebesaran Allah yang disaksikan oleh pelajar-pelajar kita di bumi Mesir tentang kisah seorang hafizah Malaysia yang menemui ajal di sana.
  2. Apabila kamar makamnya dibuka setelah bertahun-tahun di liang lahad, keadaan jasadnya tetap segar, pipinya dikatakan masih kemerah-merahan.
  3. Seronok juga mendengar cerita terutama daripada mereka yang pernah melawat kubur tersebut yakni bekas-bekas pelajar Azhar.
  4. Kebanyakan versi yang sama, sampai di Mekah pun ada juga seorang sahabat yang menceritakan tentang mayat hafizah tersebut.
  5. Tetapi ada juga yang turut melawat makam seorang Sheikh, yakni seorang ulama pro- kerajaan Hosni Mubarak yang juga merupakan seorang tahfiz, tetapi yang tinggal hanya serpihan tulang dan bau teramat busuk yang mencucuk hidung.
  6. Perkuburan di tanah Arab ibarat bilik terowong bawah tanah, yang mayat akan dimasukkan ke dalamnya bersusun-susun.
  7. Oleh itu, bagi yang bergelar ulamak jika bersekongkol dengan pemimpin yang lemah aqidah agamanya sampai bini pun tak mampu dipimpin, maka dengan ulamak, dengan pemimpin dan dengan bini pemimpin akan dipimpin ke neraka dan dihimpit dalam kubur sampai reput.
  8. Beringat-ingatlah penyokong-penyokong pemimpin.