Monday, July 11, 2011

DEMOKRASI


  1. Demokrasi berasal daripada istilah Yunani/Greek yakni "demos" dan "kratos". "Demos" bererti rakyat, "kratos"bermaksud perintah. Dalam pengertian yang lebih mudah, demokrasi bermaksud diperintah oleh rakyat.
  2. Menjelang abad ke 20, demokrasi mula menjadi suatu amalan yang wajib lebih-lebih lagi sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kemunculan negara-negara dunia ketiga yang dimerdekakan.
  3. Sebahagian besar negara-negara di dunia mengamalkan demokrasi sama ada negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis , sosialis maupun komunis. Malaysia antara negara dunia ketiga yang mengamalkan demokrasi di samping mengekal sistem beraja sebagaimana Britain.
  4. Amalan demokrasi di kebanyakan negara menyaksikan tampuk pemerintahan silih berganti, seperti di Jepun parti LDP tewas, begitu juga di India, Congress Party tewas kepada BJP tetapi menang semula selepas dua penggal menjadi pembangkang. Di Indonesia setelah era reformasi, melihat kejatuhan parti Golkar kepada PDI-P dan kemudian diganti oleh PDI pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.
  5. Begitulah amalan demokrasi, kuasa rakyat silih berganti, begitu juga dengan demokrasi bagi negara komunis yang mengamalkan sistem satu parti melihatkan kejatuhan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.
  6. Elemen-elemen demokrasi moden bagi pelbagai parti adalah bersifat seperti berikut; a) Perlembagaan yang menghadkan kuasa atau pemisahan kuasa yakni pembahagian kuasa antara pentadbiran parti pemerintah dengan institusi kehakiman bertujuan mengelakkan salah guna kuasa. b) Pilihanraya yang bebas dan adil dan rakyat diberi hak dan kebebasan untuk mengundi. c) Kebebasan bersuara seperti berceramah, berhimpun dan sebagainya. d) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. e) Kebebasan berpersatuan, f) Perlaksanaan mengikut undang-undang atau 'rule of law' g) Rakyat berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia.
  7. Sejak pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu atau Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sejak itu tampuk pentadbiran negara dikuasai oleh parti nasionalis Melayu yang bernama United Malays National Organisation bersama parti-parti yang menjadi sekutunya.
  8. Parti ini dikatakan telah menerima mandat sejak lebih 54 tahun yang lalu.
  9. Persoalannya kini apakah parti tersebut bersedia menerima kekalahan andainya ditolak rakyat atau apakah parti tersebut bersedia melaksanakan pilihanraya dengan adil selaras dengan prinsip asas demokrasi?

Monday, July 4, 2011

Tradisi Fitnah



  1. Rasulullah pernah bersabda bahawa kota Contantinople bakal ditakluk oleh umat Islam dengan menyatakan" rajanya sebaik-baik raja yang akan menakluk kota tersebut bersama-sama tenteranya yang sebaik-baik tentera".
  2. Setelah hampir 800 tahun sabda nabi, maka Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menumbangkan empayar Byzantine atau juga dikenali sebagai Rom Timur dan seterusnya menakluk Constantinople dan berjaya menembusi kota yang kebal ini dan ditukar kepada nama Islambol.
  3. Sabda Rasulullah amat tepat sekali, bersesuaian dengan mukjizat Allah kepada baginda yang meramalkan sesuatu kejadian masa depan dengan tepat.
  4. Malah, catatan sejarah juga membuktikan Sultan Muhammad al-Fateh seorang yang warak dan berilmu. Beliau dikatakan tiadak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah, solat sunat rawatib dan juga solat tahajud seumur hidupnya.
  5. Namun, beliau tiadak lari daripada menjadi mangsa fitnah sarjana barat, yang kononnya beliau juga seorang homoseksual yang pernah meminta seorang bangsawan Kristian menyerahkan anak lelakinya yang tampan berumur 14 tahun sebagai bahan untuk memuaskan nafsunya.
  6. Adalah fitnah semata-mata, fakta yang dikemukakan oleh sarjana barat yang sentiasa cemburu dan sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai sabda Nabi Muhammad daripada mempercayai serangan fitnah sarjana barat.
  7. Walaubagaimanapun, kaedah memfitnah seseorang tokoh dengan mengaitkan dengan masalah moral telah menjadi ikutan dalam permainan politik moden termasuk di Malaysia.
  8. Sedangkan Sultan Muhammad alFateh boleh difitnah sebegitu, inikan pula Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya dengan menyertai UMNO.
  9. Walaupun beliau mendakwa ingin mencuci UMNO dari dalam, tetapi adalah mustahil hendak mencuci tong najis yang mana orang tidak akan berhenti berak didalamnya, sehinggakan orang yang nak mencuci turut sama terpalit kotoran najis tersebut.