Thursday, May 6, 2010

Separuh Islam?


1. Dalam perlembagaan, seseorang Melayu mestilah seorang penganut Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.
2 . Andai ditanya kepada orang Melayu, “Apakah anda seorang yang percaya pada ajaran Islam?”, majority akan menjawab “YA” dengan penuh yakin dan jika ditanya “Adakah anda percaya kepada kitab suci Al-Quran?”, ramai yang akan menjawab “YA”, walaupun ramai juga yang jarang membaca, apa lagi memahaminya.
3. Namun, realitinya ramai enggan memahami dan mengikuti sepenuhnya ajaran daripada kalam Allah, malah ada segelintir yang memahami tetapi enggan mengikuti sepenuhnya, dan yang kurang memahami sepenuhnya isi Al-Quran enggan berusaha ke arah memahami isi kitab suci dengan bersungguh-sungguh.
4. Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW di Padang Arafah semasa Haji Wida’ pada tahun 10 Hijrah, baginda menyatakan dengan jelas tentang kewajiban umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan Hadith sehingga kiamat. Hadith merupakan sabda atau kata-kata Rasulullah dan Sunnah yakni perlakuan baginda. Ini termasuklah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial umat Islam. Riba dengan jelas diingatkan haram hukumnya semasa khutbah tersebut, tetapi hari ini sistem perbankan berasaskan riba dibenarkan di negara kita.
5. Namun, hari ini ramai orang Melayu yang mengaku Islam menganggap undang-undang syariah terhadap jenayah iaitu hudud tidak sesuai untuk zaman ini kerana zaman moden dan negara kita berbilang penganut agama.Kemudian ada yang buat lawak bodoh, mengatakan hukum hudud kalau dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja tidak adil kerana kelak hanya orang Islam yang kena potong tangan. Zaman dah tak sesuai untuk ikuti sepenuhnya ajaran Quran, kerana kononnya ajaran Al-Quran hanya relevan pada zaman Nabi Muhammad. Kepada mereka yang beranggapan demikian, “PERGI JAHANAM DENGAN RELEVAN KAMU”.Hukum Islam WAJIB bagi setiap Muslim!
6. Ideologi mengasingkan agama daripada politik adalah strategi musuh Islam sejak di zaman Perang Salib lagi. Kuasa-kuasa Kristian Eropah telah sependapat pada masa itu bahawa umat Islam hanya boleh dilemahkan sekiranya pegangan akidahnya dipesongkan sedikit.Hasilnya fahaman “Nasionalisma” menjadi senjata mereka untuk menundukkan Empayar Khalifah Othmaniah dalam Perang Dunia Pertama. Mereka menyebarkan fahaman nasinalisma kepada wilayah-wilayah Arab dan menanam semangat anti bangsa Turki kepada dunia Arab, akhirnya Empayar Othmaniah runtuh sama sekali hatta di Turki sendiri.
7. Sejarah telah terbukti, sejak dari runtuhnya sistem politik Islam yakni sistem Khalifah Islamiyah telah membawa kemunduran dan kelemahan kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Kita hanya disajikan dengan kisah lampau mengenai Tamaddun Islam. Namun kegemilangan tamadun Islam hanya muncul hasil daripada politik Islam yang kononnya ketinggalan zaman TETAPI sejak dari terbentuknya sistem kenegaraan yang dibentuk oleh mereka yang menang dalam Perang Dunia, negara umat Islam manakah yang mampu mengembalikan kegemilangan silam?

1 comment: