Friday, December 3, 2010

NIKMAT SEBAGAI MUSLIM


  1. Assalamua'laikum warah matullah hiwabarakatuh. Berdasarkan pengamatan, anugerah yang paling berharga kepada orang Islam yang tidak akan ada pada penganut agama lain ialah ibadat Haji.
  2. Pada tahun ini saja seramai 4 juta umat Islam dari serata dunia berkampung di kota suci, menjadi ibadat Haji sebagai perhimpunan manusia terbesar di dunia.
  3. Manusia yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang budaya atas tujuan yang satu yakni mengabdikan diri pada Tuhan Yang Satu.
  4. Walaupun terdapat perbezaan bahasa, namun kami masih dapat berkenalan antara satu sama lain.
  5. Jutaan manusia mengelilingi Kaabah menggambarkan keseluruhan alam termasuk bumi dan matahari serta semua di angkasa bertawaf pada arah yang sama kepada yang Satu.

1 comment:

  1. Tahniah Hj Nadzri .pengalaman yang cukup berharga dalam hidup.kita akan dapati kepelbagaian jenis manusia yang Allah cipta sujud padaNya..kita tidak lagi berfikiran bahawa Melayu sahaja dok Islam.asyik ketuanan melayu sahaja,menjunjung cara hidup Islam ,manusia melayu kita ni ditinggalkan..saya juga ada merasai pengalaman ini ketika berhadapan masyarakat Arab dahulu.

    ReplyDelete