Monday, August 9, 2010

Berita Gembira Dan Yang Tak Berapa Gembira



  • Aku punya sebab tersendiri mengapa aku berasa amat gembira pada hari Konvokesyen di USM baru-baru ini. Setelah melalui kehidupan pelbagai warna, akhirnya hasrat arwah ibuku termakbul jua walau aku menggapai skroll pada usia 40 tahun.
  • Foto di atas dapat menggambarkan kegembiraan dan kepuasan setelah empat tahun mengikuti pengajian, akhirnya aku memperolehi ijazah B.A (Hons) major dalam bidang sejarah dan minor dalam sains politik.
    • Kini, aku berpeluang untuk menjawat jawatan sebagai seorang Guru Siswazah Gred DG41setelah hampir 13 tahun menjadi Guru Lepasan Diploma Gred DGA29.
    • Namun berita yang tak berapa menggembirakan aku ialah aku belum naik ke Gred 32 penyandang khas time base, walau pun aku layak kerana telah berkhidmat 13 tahun iaitu lebih daripada sepuluh tahun seperti yang disyaratkan malah keputusan peperiksaan PTK pula 4/4. Ini kerana markah prestasi aku terlalu rendah yang diberi oleh pentadbir sekolah lama di Penang sebelum ini. Walau aku tiada kesalahan besar dan mengajar sebagaimana guru-guru lain, malah berjemur di tengah padang melatih pasukan bolasepak sekolah, aku diberi hanya 37% markah pada tahun 2006.
    • Aku dinilai berdasarkan rekod kesalahan yang berlaku 5 tahun sebelum itu dan bukan pada tahun semasa. Pendek kata aku menjadi mangsa prejudis, walau ketika itu hidupku sudah jauh berubah. Aku merasa seolah-olah periuk nasi ku dimasukkan pasir oleh individu di sekolah terbabit.
    • Perkara ini hanya disedari setelah aku bertukar ke sekolah baru di Perak setelah permohonan untuk naik ke Gred 32 time base ku mengalami masalah gara-gara penilaian tidak profesional seorang andartu dan seorang nyonya tua si SK Padang Tembak, Pulau Pinang.
    • Aku kerugian lebih dari RM500 sebulan, gara-gara kejadian tersebut, tambahan pula, dengan perbelanjaan yang kononnya berhemah oleh kerajaan pada tahun ini menyebabkan tiada pekeliling untuk proses menaikkan gred 29 ke gred 32 pada tahun ini, kerana aku telah masuk tahun keempat di sekolah baru dan markah prestasi selama tiga tahun di sekolah baru lebih daripada 90% setiap tahun.
    • Hanya guru yang tahu masalah ini, malah ramai juga yang tertunggu-tunggu pekeliling dari kerajaan. Pada kerajaan, kalau nak berbelanja berhemah sekali pun, janganlah dasar mengenai kenaikan gaji berubah-ubah setiap kali bertukar menteri. Kalau dah diambil duit kementerian pelajaran sebanyak berbillion untuk diserahkan kepada program Permata Rosmah sekali pun, janganlah bagi susah orang lain. Dasar untuk kenaikan gred gaji seharusnya selaras dan tak sepatutnya berubah ikut selera Rosmah atau selera menteri, kerana ianya hanya akan terus menjadikan tangan untuk memangkah undi memprotes pada pilihanraya.
    • Walaubagaimana malang nasib ini, aku tetap bersyukur dan redha, cuma terbuku secebis kegeraman pada manusia tertentu, namun aku percaya rezeki dari Allah dan setiap kejadian pasti ada hikmah.

    4 comments:

    1. Congratulation dah grad,,sabar maybe ada hikmahnya tuh. Hope sukses selalu.

      ReplyDelete
    2. Salam. Tahniah cikgu. Pasal gred tu, rezeki kita kuasa Allah, bukan di tangan manusia. Ada rezeki nanti naik la gred tu, insya Allah.

      ReplyDelete
    3. Sabar beb....kita akan terus berjuang...

      ReplyDelete