Selain menjadi tempat beribadat umat Islam, masjid sepatutnya menjadi institusi sosial yang paling penting bagi umat Islam, selaras dengan sunnah Rasul.
Sejurus Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda mendirikan masjid yang menjadi lokasi berkumpulnya umat dalam semua urusan selain tempat solat berjemaah.
Kini di Malaysia, boleh dikatakan banyak masjid yang indah dibina, tetapi sayang sekali, penggunaannya tidak dimaksimumkan, hanya seminggu sekali dipenuhi umat, yakni ketika solat Jumaat, manakala untuk solat fardu 5 kali sehari boleh dikira dengan jari bilangan safnya.
Setelah selesai solat jemaah Isyak, kebanyakan masjid akan dikunci, atas alasan mengelakkan kecurian, walaupun setiap masjid dilantik tok siak. Kalau ada yang terlewat nak menunaikan solat Isyak, jawapannya ialah solatlah di tempat lain, sama ada di rumah atau di bilik hotel.
Para musafir yang kurang berkemampuan tidak boleh lagi mengharapkan tumpang bermalam di masjid kerana pintu pagarnya berkunci atau bagi sesetengah tempat yang agak lebih kasar, petugas masjid akan menghalau mereka.
Bagi anak muda yang sesat di kota, jangan harap dapat bermalam di masjid, justeru ada yang bermalam di gereja, malah dipelawa dengan penuh hospitaliti oleh paderi yang bertugas.
Setelah ada anak Melayu yang mendekati gereja, maka adalah suara-suara senada Zul Nordin yang mengecam pihak gereja atas alasan mereka cuba mengkristiankan anak Melayu yang lahir dari keluarga Islam.
Kita tidak pernah mendengar teguran kepada pihak masjid yang telah memberi ruang kepada pihak lain untuk membuat kebajikan atas prinsip kemanusiaan terhadap anak bangsa. Kita hanya sibuk menyalahkan pihak agama lain, walaupun kita sendiri yang memberi ruang kepada mereka. Kita sendiri yang menjauhkan umat dari masjid.
Oh! Mesti ada yang berpendapat kononnya masjid perlu dijaga kesuciannya dari dicemari, tetapi apakah itu ajaran nabi kepada kita dalam hal mengimarahkan masjid. Kalau kita bimbangkan keselamatan tok siak atau harta benda, kenapa tidak digajikan saja pengawal keselamatan bertugas, hairan juga jika seorang paderi boleh menjaga gerejanya dan mengalu-alukan tetamu atau musafir tanpa mengira kaum dan agama, mengapa imam, bilal, khatib atau tok siak yang kebanyakannya dibayar elaun oleh jabatan agama tak boleh. Bukankah berbuat baik sesama manusia itu suatu bentuk dakwah yang amat berkesan seperti mana nenek moyang orang Melayu yang memeluk Islam disebabkan layanan berhemah mubaligh Islam di masa lampau.
Justeru itu, artikel ini diharap dapat menyedarkan kita tentang kelemahan fungsi masjid, realitinya kita sudah terlebih sekular dari sekularis sendiri yang ingin mengasingkan agama dari setiap aspek kehidupan, apa salahnya jika institusi masjid menjadi tempat bergantung masyarakat dalam kesusahan. Saya menulis berdasarkan pengalaman kesukaran untuk singgah solat Isyak di masjid selepas pukul sepuluh malam.
Yup, memang sudah seharusnya masjid dijadikan tempat untuk bersosialisasi bagi umat islam dengan kegiatan yang bermanfaat dalam rangka untuk memakmurkan masjid....
Semuanya dibalas sempurna.
-
Tadi saya bercerita tentang si A, anak seorang kawan yang baru balik dari
honeymoon, ditaja sepenuhnya oleh ibu mentuanya yang have-have. Mendengar
cerita ...
Depresikah Aku?
-
Aku pejam mata lama lama sebelum tulis post ini. Rasa nak share, rasa tak
nak share. Mana satu, sendiri confius. Banyak baca pasal depressi because
aku nak...
Lazada | 11.11 Shopping Festival - Unboxing Time!
-
hai korang! :)
berjaya mengharungi 11.11 dengan tenang? haha!
banyak ke korang shopping aritu?
betul kan *11.11 Lazada Shopping Festival* menawarkan bany...
Ramadhan 2018
-
Salam Ramadhan...
Dah 13 hari kita mengerjakan ibadah puasa...
dah Check diri? Sama ada kita dah laksanakan Azam kita tuk puasa kali nie?
Kebanyakan Azam ...
3D2N Koh Lipe, Thailand
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Haiiiii...
It's been awhile.
Lama gila tak update blog kan.
Hihihi.
Harini tetiba ada mood untuk update plak.
N...
FHx COC (Clash of Clans)
-
Clash of Clans merupakan game yang paling banyak diminati pengguna
smartphone. Entah apa yang membuat game ini begitu seru hingga para
pemainnya lupa waktu...
other behalf
-
testing,testing..
testing nak blog dari phone sebenarnya.
belanja satu gambaq kahwin.
dah boleh update guna phone ni rajin la kot update blog.
kot....hahaha
Kren tumbang di Makkah,154 cedera.
-
بسم الله الرحمن الرحيم MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah
terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa
bumbung Masjidi...
Jasmine Homestay, Skudai, Johor
-
Homestay sedia untuk disewa untuk penginapan majlis perkahwinan, majlis
konvokesyen, bercuti, urusan pekerjaan dan lain-lain di Jalan PI 8/9, Taman
Pul...
Isu Palestin
-
Ada banyak sebab blogger tak update blog. Dalam kes aku, sebab takde idea
nak ulas isu apa, lagipun ditambah dengan tabiat kurang membaca jadi kurang
lah i...
- Jabir Ibnu Hayyan -
-
Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang perintis dalam bidang ilmu kimia yang
amat terkenal. Di Eropah, beliau lebih dikenali sebagai Geber.
Nama sebenarnya ia...
salam...
ReplyDeletememang betul kenyataan tentang masjid...
ni la kalau yang memegang jawatan bukan yang hak..
Yup, memang sudah seharusnya masjid dijadikan tempat untuk bersosialisasi bagi umat islam dengan kegiatan yang bermanfaat dalam rangka untuk memakmurkan masjid....
ReplyDeleteBtw, lam kenal ja sob.....
Tu pasalnya bila masjid disalahguna demi kepentingan politik....
ReplyDelete