Demam bolasepak dunia akan menjelma tak lama lagi apabila sepak mula bermula di Afrika Selatan tak lama lagi. Akibatnya ramai lah nanti yang tersengguk-sengguk di tempat kerja, akibat berjaga dan bersengkang mata menonton perlawanan live di kaca televisyen.
Sembang-sembang bola mula kedengaran di sana-sini dengan masing-masing dengan hujah masing-masing tentang pasukan mana yang bakal bergelar juara dunia. Realitinya, peminat bolasepak tempatan terus-menerus memuja pasukan luar seperti Brazil, England dan Spain, bila ditanya," Malaysia, hangpa tak sokong kah?" ramai yang mendengus"Uhh!".
Bolasepak Malaysia terus menjadi malap ibarat demam tak kebah, biar bermacam perancangan dan idea dikemukakan. Tuding-menuding kesalahan menjadi rutin, tetapi bolasepak Malaysia seolah-olah terkena sumpahan Mahsuri.
Namun, tiada siapa pernah bertanya kepada guru atau jurulatih bolasepak di peringkat sekolah rendah, apa masalah dan puncanya kita gagal menyerlah atau melahirkan pemain berkaliber seperti zaman Mokhtar Dahari dan seangkatannya.
Andai saya disoal, pasti saya akan mendedahkan kepincangan sebenar. Jika di zaman Mokhtar Dahari, murid-murid sekolah tidak dibebankan dengan terlalu banyak jenis sukan seperti hari ini, tetapi hari ini, guru-guru dari pelbagai jenis permainan akan berebut-rebut murid yang sama untuk mewakili pasukan sekolah.
Akhirnya, murid yang masih belum matang menjadi keliru. Selalunya, jika murid itu pemain bolasepak, dia juga pemain bola baling, rugby sentuh, sepak takraw, olahraga dan maca-macam lagi yang akhirnya tiada satu pun yang akan dikuasainya dengan kemahiran terbaik. Dalam usia sebegini, murid memang suka bermain, kalau boleh tak masuk kelas setahun pun tak apa.
Sepatutnya, pihak JPN atau PPD negeri menghadkan jumlah jenis sukan yang akan disertai oleh sesebuah sekolah, kalau sekolah yang muridnya di bawah seribu, sewajarnya dihadkan kepada 3 jenis permainan dan sekolah -sekolah tersebut wajar menjalankan program sukan yang dipilihnya dengan terancang. Sewajarnya ibubapa diberitahu program sukan yang dijalankan di sekolah tersebut, supaya ibubapa juga dapat memilih sekolah berdasarkan sukan yang dianggap berpotensi untuk anak mereka.
Ibarat melentur buluh biar dari rebungnya, begitu juga sukan terutama bolasepak yang menjadi sukan popular di Malaysia sejak sekian lama. Sekolah-sekolah wajar menetapkan jenis sukan yang akan disertai berdasarkan minat masyarakat setempat, contohnya bagi kawasan majoriti masyarakat Cina, wajar sukan bola keranjang dan ping pong disertai, bagi kawasan pelbagai kaum, bolasepak wajar dijadikan pilihan.
Namun, belum ada idea sebegini yang pernah kedengaran diutarakan oleh golongan cerdik pandai. Bakat pemain bolasepak wajar dicungkil sejak dari sekolah rendah lagi, dan bakat kecil yang dikesan tidak wajar dibebankan dengan jenis-jenis sukan permainan yang lain.
Pelbagai jenis sukan terus mendapat tempat di Malaysia kini, sedang pasukan bola sepak kita masih terkial-kial.
patutnya Malaysia hantar player2 kita pergi bermain kat luar negara, main dgn kelab2 luar untuk timba pengetahuan. kalau setakat main dalam negara sampai bila pun xkan improve.
Hentikanlah campur tangan politik dalam sukan....semua nak dipolitikkan.... Sampai sistem pendidikan pun dah haru biru akibat dipolitikkan...jadah betul
Open House Raya 2025
-
Simpan sini menu-menu open house kami malam tadi untuk rujukan tahun depan.
Open house ni Cik Q yang anjurkan sebenarnya, Mama tolong masakkan je.
Jadi Ma...
Depresikah Aku?
-
Aku pejam mata lama lama sebelum tulis post ini. Rasa nak share, rasa tak
nak share. Mana satu, sendiri confius. Banyak baca pasal depressi because
aku nak...
Lazada | 11.11 Shopping Festival - Unboxing Time!
-
hai korang! :)
berjaya mengharungi 11.11 dengan tenang? haha!
banyak ke korang shopping aritu?
betul kan *11.11 Lazada Shopping Festival* menawarkan bany...
Ramadhan 2018
-
Salam Ramadhan...
Dah 13 hari kita mengerjakan ibadah puasa...
dah Check diri? Sama ada kita dah laksanakan Azam kita tuk puasa kali nie?
Kebanyakan Azam ...
3D2N Koh Lipe, Thailand
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Haiiiii...
It's been awhile.
Lama gila tak update blog kan.
Hihihi.
Harini tetiba ada mood untuk update plak.
N...
FHx COC (Clash of Clans)
-
Clash of Clans merupakan game yang paling banyak diminati pengguna
smartphone. Entah apa yang membuat game ini begitu seru hingga para
pemainnya lupa waktu...
other behalf
-
testing,testing..
testing nak blog dari phone sebenarnya.
belanja satu gambaq kahwin.
dah boleh update guna phone ni rajin la kot update blog.
kot....hahaha
Kren tumbang di Makkah,154 cedera.
-
بسم الله الرحمن الرحيم MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah
terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa
bumbung Masjidi...
Jasmine Homestay, Skudai, Johor
-
Homestay sedia untuk disewa untuk penginapan majlis perkahwinan, majlis
konvokesyen, bercuti, urusan pekerjaan dan lain-lain di Jalan PI 8/9, Taman
Pul...
Isu Palestin
-
Ada banyak sebab blogger tak update blog. Dalam kes aku, sebab takde idea
nak ulas isu apa, lagipun ditambah dengan tabiat kurang membaca jadi kurang
lah i...
- Jabir Ibnu Hayyan -
-
Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang perintis dalam bidang ilmu kimia yang
amat terkenal. Di Eropah, beliau lebih dikenali sebagai Geber.
Nama sebenarnya ia...
salam bro,
ReplyDeletepatutnya Malaysia hantar player2 kita pergi bermain kat luar negara, main dgn kelab2 luar untuk timba pengetahuan. kalau setakat main dalam negara sampai bila pun xkan improve.
kalu dah tak berapa bagus, kelab luar negeri mana yang nak ambil player kita? However its good if they could play outside to get the experiences.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesemua kalau ada benda nak masyuk tu la jadinya..buat ada penaja besaq...masyuk lagiiiii banyak.
Hentikanlah campur tangan politik dalam sukan....semua nak dipolitikkan.... Sampai sistem pendidikan pun dah haru biru akibat dipolitikkan...jadah betul
ReplyDelete