Tatkali membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran, saya seringkali terbaca ayat yang maksudnya lebih kurang begini,"Kami tidak meminta rezeki dari kamu, malah Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu". Perkataan 'Kami.." bermaksud Allah SWT, manakala perkataan "....kamu" dalam ayat tersebut bermaksud umat manusia.
Rezeki membawa skop yang agak luas; antaranya kesihatan tubuh yang baik, makanan dan minuman yang disuap ke mulut, nikmat selera menikmati kelazatan dan kesedapan makanan yang dijamah, kemudahan tempat tinggal, pakaian dan keselesaan menggunakan kenderaan. Di zaman moden ini, skop rezeki menjadi lebih luas, mencakupi kemnudahan alat telekomunikasi serta lain-lain nikmat kemudahan yang dikecapi, contoh seperti keselesaan tinggal dalam rumah atau bilik berhawa dingin.
Rezeki, bolehlah ditafsir sebagai apa sahaja yang dapat dinikmati oleh makhluk, sama ada manusia, haiwan mahupun golongan jin.
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah ditetapkan rezeki. Rezeki akan terhenti apabila seseorang manusia itu meninggal dunia untuk beralih ke alam barzah sementara menanti kiamat. Sebab itulah apabila mukjizat Nabi Isa a.s. yang menghidupkan seseorang yang telah mati beribu-ribu tahun melarang para sahabatnya yang ingin membawa pulang hamba Allah umat Nabi Nuh a.s. tersebut ke rumah mereka untuk menunjukkan kepada ahli keluarga yang lain dilarang kerana rezekinya sudah terhenti.
Wang ringgit yang hanyalah helaian kertas bukanlah rezeki, namun hari ini, bila bercakap soal rezeki, wang ringgit lah yang akan terbayang di kepala otak kita. Kertas yang bernama wang itu hanyalah alat untuk menukar untuk memperolehi rezeki.
Andaikata seseorang itu memiliki wang berjuta di dalam akaun, ianya belum tentu boleh ditukar bagi mendapatkan rezeki. Namun hari ini, manusia menganggap wang lah segalanya malah ramai yang bertuhankan wang. Namun ramai yang tidak mengaku.
Manusia perlu disedarkan definisi rezeki yang sebenarnya, dari mana datangnya rezeki dan untuk siapakah rezeki tersbut andaikata seseoran dilimpahi rezeki yang banyak.
Rezeki BUKAN di tangan manusia tetapi terdapat manusia yang diamanahkan rezeki yang melimpah ruah untuk diagih-agihkan kepada manusia yang lain, sama ada kepada anak-anak, isteri, ibubapa dan juga bersedekah kepada yang memerlukan, dan yang paling penting ialah menunaikan zakat.
Adalah kufur jika kita mengatakan rezeki itu datangnya dari makhluk atau sekumpulan makhluk atau nama modennya parti politik, Rezeki itu datang daripada Allah SWT, hati makhluk digerakkan untuk mengagih rezeki. Neraka disediakan bagi manusia yang tidak mengagih rezeki yang diamanahkan kepadanya dengan betul.
Para ulamak disarankan menerangkan tentang rezeki ini kepada umat Islam bagi membetulkan akidah sebahagian dari kita yang telah terpesong akibat yafsiran yang salah tentang rezeki. Malah ustaz envelope seperti Ustaz Kazim disarankan bertaubat atau jangan mengikuti cara sebahagian rabbi Yahudi.
Demokrasi berasal daripada istilah Yunani/Greek yakni "demos" dan "kratos". "Demos" bererti rakyat, "kratos"bermaksud perintah. Dalam pengertian yang lebih mudah, demokrasi bermaksud diperintah oleh rakyat.
Menjelang abad ke 20, demokrasi mula menjadi suatu amalan yang wajib lebih-lebih lagi sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kemunculan negara-negara dunia ketiga yang dimerdekakan.
Sebahagian besar negara-negara di dunia mengamalkan demokrasi sama ada negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis , sosialis maupun komunis. Malaysia antara negara dunia ketiga yang mengamalkan demokrasi di samping mengekal sistem beraja sebagaimana Britain.
Amalan demokrasi di kebanyakan negara menyaksikan tampuk pemerintahan silih berganti, seperti di Jepun parti LDP tewas, begitu juga di India, Congress Party tewas kepada BJP tetapi menang semula selepas dua penggal menjadi pembangkang. Di Indonesia setelah era reformasi, melihat kejatuhan parti Golkar kepada PDI-P dan kemudian diganti oleh PDI pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.
Begitulah amalan demokrasi, kuasa rakyat silih berganti, begitu juga dengan demokrasi bagi negara komunis yang mengamalkan sistem satu parti melihatkan kejatuhan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.
Elemen-elemen demokrasi moden bagi pelbagai parti adalah bersifat seperti berikut; a)Perlembagaan yang menghadkan kuasa atau pemisahan kuasa yakni pembahagian kuasa antara pentadbiran parti pemerintah dengan institusi kehakiman bertujuan mengelakkan salah guna kuasa. b)Pilihanraya yang bebas dan adil dan rakyat diberi hak dan kebebasan untuk mengundi. c)Kebebasan bersuara seperti berceramah, berhimpun dan sebagainya. d)Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. e)Kebebasan berpersatuan, f)Perlaksanaan mengikut undang-undang atau 'rule of law' g)Rakyat berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia.
Sejak pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu atau Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sejak itu tampuk pentadbiran negara dikuasai oleh parti nasionalis Melayu yang bernama United Malays National Organisation bersama parti-parti yang menjadi sekutunya.
Parti ini dikatakan telah menerima mandat sejak lebih 54 tahun yang lalu.
Persoalannya kini apakah parti tersebut bersedia menerima kekalahan andainya ditolak rakyat atau apakah parti tersebut bersedia melaksanakan pilihanraya dengan adil selaras dengan prinsip asas demokrasi?
Rasulullah pernah bersabda bahawa kota Contantinople bakal ditakluk oleh umat Islam dengan menyatakan" rajanya sebaik-baik raja yang akan menakluk kota tersebut bersama-sama tenteranya yang sebaik-baik tentera".
Setelah hampir 800 tahun sabda nabi, maka Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menumbangkan empayar Byzantine atau juga dikenali sebagai Rom Timur dan seterusnya menakluk Constantinople dan berjaya menembusi kota yang kebal ini dan ditukar kepada nama Islambol.
Sabda Rasulullah amat tepat sekali, bersesuaian dengan mukjizat Allah kepada baginda yang meramalkan sesuatu kejadian masa depan dengan tepat.
Malah, catatan sejarah juga membuktikan Sultan Muhammad al-Fateh seorang yang warak dan berilmu. Beliau dikatakan tiadak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah, solat sunat rawatib dan juga solat tahajud seumur hidupnya.
Namun, beliau tiadak lari daripada menjadi mangsa fitnah sarjana barat, yang kononnya beliau juga seorang homoseksual yang pernah meminta seorang bangsawan Kristian menyerahkan anak lelakinya yang tampan berumur 14 tahun sebagai bahan untuk memuaskan nafsunya.
Adalah fitnah semata-mata, fakta yang dikemukakan oleh sarjana barat yang sentiasa cemburu dan sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai sabda Nabi Muhammad daripada mempercayai serangan fitnah sarjana barat.
Walaubagaimanapun, kaedah memfitnah seseorang tokoh dengan mengaitkan dengan masalah moral telah menjadi ikutan dalam permainan politik moden termasuk di Malaysia.
Sedangkan Sultan Muhammad alFateh boleh difitnah sebegitu, inikan pula Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya dengan menyertai UMNO.
Walaupun beliau mendakwa ingin mencuci UMNO dari dalam, tetapi adalah mustahil hendak mencuci tong najis yang mana orang tidak akan berhenti berak didalamnya, sehinggakan orang yang nak mencuci turut sama terpalit kotoran najis tersebut.
Aku kerapkali mendengar kisah kebesaran Allah yang disaksikan oleh pelajar-pelajar kita di bumi Mesir tentang kisah seorang hafizah Malaysia yang menemui ajal di sana.
Apabila kamar makamnya dibuka setelah bertahun-tahun di liang lahad, keadaan jasadnya tetap segar, pipinya dikatakan masih kemerah-merahan.
Seronok juga mendengar cerita terutama daripada mereka yang pernah melawat kubur tersebut yakni bekas-bekas pelajar Azhar.
Kebanyakan versi yang sama, sampai di Mekah pun ada juga seorang sahabat yang menceritakan tentang mayat hafizah tersebut.
Tetapi ada juga yang turut melawat makam seorang Sheikh, yakni seorang ulama pro- kerajaan Hosni Mubarak yang juga merupakan seorang tahfiz, tetapi yang tinggal hanya serpihan tulang dan bau teramat busuk yang mencucuk hidung.
Perkuburan di tanah Arab ibarat bilik terowong bawah tanah, yang mayat akan dimasukkan ke dalamnya bersusun-susun.
Oleh itu, bagi yang bergelar ulamak jika bersekongkol dengan pemimpin yang lemah aqidah agamanya sampai bini pun tak mampu dipimpin, maka dengan ulamak, dengan pemimpin dan dengan bini pemimpin akan dipimpin ke neraka dan dihimpit dalam kubur sampai reput.
Saman ekor dan renew road-tax adalah 2 perkara yg tidak sepatutnya dihubungkait. Saman ekor adalah dakwaan kesalahan trafik yg dirakam dr jauh yg sepatutnya dibuktikan dakwaan tersebut melalui proses kehakiman, manakala renew road-tax adalah suatu proses membayar cukai kpd kerajaan atas kenderaan yg digunakan di jln raya.
Namun kerajaan kita telah melaksanakan HUKUM KANUN RIMBA dgn menghukum pemilik kenderaan yg ingin renew road-tax atas kesalahan yg blm pasti dan tidak pernah dibuktikan.
Hukuman ke atas pemilik/penama kenderaan adalah suatu penganiayaan yg tidak sepatutnya berlaku krn tidak semestinya pemilik yg melakukan kesalahan yg didakwa.
Cth; isteri saya merupakan penama pd 3 kereta termasuk yg digunakan oleh ayahnya dan abangnya. Isteri sy gagal utk renew road-tax selama setahun dan hanya diberi enam bln krn didakwa blacklisted. Setelah disemak terdapat KONONNYA 23 saman ekor speed trapped, tapi itu semua adalah KONONNYA, dan kesalahan tersebut tidak pernah dibuktikan.
Isteri saya yg setahu saya memandu ibarat seekor kura2 terkedu apabila dimaklumkan kesalahan yg TIDAK PERNAH DILAKUKANNYA. Beliau yg agak lurus bendul menangis teresak2 sejurus gagal renew road-tax utk tempoh setahun spt biasa. Tidakkah ini suatu penganiayaan?
Saya tidak pernah mempertikaikan kedaulatan undang2 negara termasuk undang2 trafik TAPI saya mempersoal cara kerajaan memperolehi hasil negara dgn cara menindas rakyat yg tidak bersalah.
Andaikata kerajaan ingin memastikan undang2 dipatuhi, sepatutnya pemandu yg melanggar kesalahan dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan bknnya melalui cara mudah dan tidak bertanggungjawab.
Apakah sdh tiada konsep pengasingan kuasa antara mahkamah dan eksekutif di negara ini?Kalau begitu benarlah spt apa yg didakwa bahawa sistem kehakiman kita telah tercemar teruk.
Apakah kerajaan sudah terlalu terdesak utk memperoleh pendapatan negara? Ke mana perginya hasil negara kita dari sumber yg lain? Kalau begitu benarlah spt apa yg didakwa bahawa isteri PM (Rosmah The Perasan 1st Lady) perampas harta negara melalui program PERMATA.
Kerajaan hanya menutup ketirisan besar dgn kawalan media dan mengupah penggodam di internet, namun benda busuk pasti HAK PASTI MENGATASI YG BATIL!!!!!!Saya bkn aktivis mana2 parti politik TAPI saya adalah rakyat biasa yg pasti mengundi pada setiap kali pilihanraya!
9 random photos.
-
Phone saya rosak. Innalilahiwainnailyhirojiuun. Moga Allah ganti dengan
yang lebih baik. Aamiin. Mari kita buang je gambar-gambar tu dalam blog
ni. ...
Review Fraser Residence Putrajaya
-
Semasa menghadiri latihan di SINI untuk persiapan MAHA 2026, Mia dan Siti
menginap 3 hari 2 malam di Fraser Residence Putrajaya. Hotel ini baru
sahaja d...
Pembuka Tahun Baru 2026
-
Nak meluah tapi aku taip padam taip padam je kat media sosial tu sebab otak
cakap kau nak suruh siapa baca yang beria nak pos kat situ?? Seriously tak
n...
Lazada | 11.11 Shopping Festival - Unboxing Time!
-
hai korang! :)
berjaya mengharungi 11.11 dengan tenang? haha!
banyak ke korang shopping aritu?
betul kan *11.11 Lazada Shopping Festival* menawarkan bany...
Ramadhan 2018
-
Salam Ramadhan...
Dah 13 hari kita mengerjakan ibadah puasa...
dah Check diri? Sama ada kita dah laksanakan Azam kita tuk puasa kali nie?
Kebanyakan Azam ...
3D2N Koh Lipe, Thailand
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Haiiiii...
It's been awhile.
Lama gila tak update blog kan.
Hihihi.
Harini tetiba ada mood untuk update plak.
N...
FHx COC (Clash of Clans)
-
Clash of Clans merupakan game yang paling banyak diminati pengguna
smartphone. Entah apa yang membuat game ini begitu seru hingga para
pemainnya lupa waktu...
other behalf
-
testing,testing..
testing nak blog dari phone sebenarnya.
belanja satu gambaq kahwin.
dah boleh update guna phone ni rajin la kot update blog.
kot....hahaha
Kren tumbang di Makkah,154 cedera.
-
بسم الله الرحمن الرحيم MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah
terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa
bumbung Masjidi...
Jasmine Homestay, Skudai, Johor
-
Homestay sedia untuk disewa untuk penginapan majlis perkahwinan, majlis
konvokesyen, bercuti, urusan pekerjaan dan lain-lain di Jalan PI 8/9, Taman
Pul...
Isu Palestin
-
Ada banyak sebab blogger tak update blog. Dalam kes aku, sebab takde idea
nak ulas isu apa, lagipun ditambah dengan tabiat kurang membaca jadi kurang
lah i...
- Jabir Ibnu Hayyan -
-
Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang perintis dalam bidang ilmu kimia yang
amat terkenal. Di Eropah, beliau lebih dikenali sebagai Geber.
Nama sebenarnya ia...