Demokrasi berasal daripada istilah Yunani/Greek yakni "demos" dan "kratos". "Demos" bererti rakyat, "kratos"bermaksud perintah. Dalam pengertian yang lebih mudah, demokrasi bermaksud diperintah oleh rakyat.
Menjelang abad ke 20, demokrasi mula menjadi suatu amalan yang wajib lebih-lebih lagi sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kemunculan negara-negara dunia ketiga yang dimerdekakan.
Sebahagian besar negara-negara di dunia mengamalkan demokrasi sama ada negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis , sosialis maupun komunis. Malaysia antara negara dunia ketiga yang mengamalkan demokrasi di samping mengekal sistem beraja sebagaimana Britain.
Amalan demokrasi di kebanyakan negara menyaksikan tampuk pemerintahan silih berganti, seperti di Jepun parti LDP tewas, begitu juga di India, Congress Party tewas kepada BJP tetapi menang semula selepas dua penggal menjadi pembangkang. Di Indonesia setelah era reformasi, melihat kejatuhan parti Golkar kepada PDI-P dan kemudian diganti oleh PDI pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.
Begitulah amalan demokrasi, kuasa rakyat silih berganti, begitu juga dengan demokrasi bagi negara komunis yang mengamalkan sistem satu parti melihatkan kejatuhan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.
Elemen-elemen demokrasi moden bagi pelbagai parti adalah bersifat seperti berikut; a)Perlembagaan yang menghadkan kuasa atau pemisahan kuasa yakni pembahagian kuasa antara pentadbiran parti pemerintah dengan institusi kehakiman bertujuan mengelakkan salah guna kuasa. b)Pilihanraya yang bebas dan adil dan rakyat diberi hak dan kebebasan untuk mengundi. c)Kebebasan bersuara seperti berceramah, berhimpun dan sebagainya. d)Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. e)Kebebasan berpersatuan, f)Perlaksanaan mengikut undang-undang atau 'rule of law' g)Rakyat berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia.
Sejak pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu atau Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sejak itu tampuk pentadbiran negara dikuasai oleh parti nasionalis Melayu yang bernama United Malays National Organisation bersama parti-parti yang menjadi sekutunya.
Parti ini dikatakan telah menerima mandat sejak lebih 54 tahun yang lalu.
Persoalannya kini apakah parti tersebut bersedia menerima kekalahan andainya ditolak rakyat atau apakah parti tersebut bersedia melaksanakan pilihanraya dengan adil selaras dengan prinsip asas demokrasi?
Open House Raya 2025
-
Simpan sini menu-menu open house kami malam tadi untuk rujukan tahun depan.
Open house ni Cik Q yang anjurkan sebenarnya, Mama tolong masakkan je.
Jadi Ma...
Depresikah Aku?
-
Aku pejam mata lama lama sebelum tulis post ini. Rasa nak share, rasa tak
nak share. Mana satu, sendiri confius. Banyak baca pasal depressi because
aku nak...
Lazada | 11.11 Shopping Festival - Unboxing Time!
-
hai korang! :)
berjaya mengharungi 11.11 dengan tenang? haha!
banyak ke korang shopping aritu?
betul kan *11.11 Lazada Shopping Festival* menawarkan bany...
Ramadhan 2018
-
Salam Ramadhan...
Dah 13 hari kita mengerjakan ibadah puasa...
dah Check diri? Sama ada kita dah laksanakan Azam kita tuk puasa kali nie?
Kebanyakan Azam ...
3D2N Koh Lipe, Thailand
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Haiiiii...
It's been awhile.
Lama gila tak update blog kan.
Hihihi.
Harini tetiba ada mood untuk update plak.
N...
FHx COC (Clash of Clans)
-
Clash of Clans merupakan game yang paling banyak diminati pengguna
smartphone. Entah apa yang membuat game ini begitu seru hingga para
pemainnya lupa waktu...
other behalf
-
testing,testing..
testing nak blog dari phone sebenarnya.
belanja satu gambaq kahwin.
dah boleh update guna phone ni rajin la kot update blog.
kot....hahaha
Kren tumbang di Makkah,154 cedera.
-
بسم الله الرحمن الرحيم MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah
terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa
bumbung Masjidi...
Jasmine Homestay, Skudai, Johor
-
Homestay sedia untuk disewa untuk penginapan majlis perkahwinan, majlis
konvokesyen, bercuti, urusan pekerjaan dan lain-lain di Jalan PI 8/9, Taman
Pul...
Isu Palestin
-
Ada banyak sebab blogger tak update blog. Dalam kes aku, sebab takde idea
nak ulas isu apa, lagipun ditambah dengan tabiat kurang membaca jadi kurang
lah i...
- Jabir Ibnu Hayyan -
-
Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang perintis dalam bidang ilmu kimia yang
amat terkenal. Di Eropah, beliau lebih dikenali sebagai Geber.
Nama sebenarnya ia...
No comments:
Post a Comment