Monday, July 11, 2011

DEMOKRASI


  1. Demokrasi berasal daripada istilah Yunani/Greek yakni "demos" dan "kratos". "Demos" bererti rakyat, "kratos"bermaksud perintah. Dalam pengertian yang lebih mudah, demokrasi bermaksud diperintah oleh rakyat.
  2. Menjelang abad ke 20, demokrasi mula menjadi suatu amalan yang wajib lebih-lebih lagi sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kemunculan negara-negara dunia ketiga yang dimerdekakan.
  3. Sebahagian besar negara-negara di dunia mengamalkan demokrasi sama ada negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis , sosialis maupun komunis. Malaysia antara negara dunia ketiga yang mengamalkan demokrasi di samping mengekal sistem beraja sebagaimana Britain.
  4. Amalan demokrasi di kebanyakan negara menyaksikan tampuk pemerintahan silih berganti, seperti di Jepun parti LDP tewas, begitu juga di India, Congress Party tewas kepada BJP tetapi menang semula selepas dua penggal menjadi pembangkang. Di Indonesia setelah era reformasi, melihat kejatuhan parti Golkar kepada PDI-P dan kemudian diganti oleh PDI pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.
  5. Begitulah amalan demokrasi, kuasa rakyat silih berganti, begitu juga dengan demokrasi bagi negara komunis yang mengamalkan sistem satu parti melihatkan kejatuhan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev.
  6. Elemen-elemen demokrasi moden bagi pelbagai parti adalah bersifat seperti berikut; a) Perlembagaan yang menghadkan kuasa atau pemisahan kuasa yakni pembahagian kuasa antara pentadbiran parti pemerintah dengan institusi kehakiman bertujuan mengelakkan salah guna kuasa. b) Pilihanraya yang bebas dan adil dan rakyat diberi hak dan kebebasan untuk mengundi. c) Kebebasan bersuara seperti berceramah, berhimpun dan sebagainya. d) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. e) Kebebasan berpersatuan, f) Perlaksanaan mengikut undang-undang atau 'rule of law' g) Rakyat berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia.
  7. Sejak pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu atau Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sejak itu tampuk pentadbiran negara dikuasai oleh parti nasionalis Melayu yang bernama United Malays National Organisation bersama parti-parti yang menjadi sekutunya.
  8. Parti ini dikatakan telah menerima mandat sejak lebih 54 tahun yang lalu.
  9. Persoalannya kini apakah parti tersebut bersedia menerima kekalahan andainya ditolak rakyat atau apakah parti tersebut bersedia melaksanakan pilihanraya dengan adil selaras dengan prinsip asas demokrasi?

Monday, July 4, 2011

Tradisi Fitnah



  1. Rasulullah pernah bersabda bahawa kota Contantinople bakal ditakluk oleh umat Islam dengan menyatakan" rajanya sebaik-baik raja yang akan menakluk kota tersebut bersama-sama tenteranya yang sebaik-baik tentera".
  2. Setelah hampir 800 tahun sabda nabi, maka Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menumbangkan empayar Byzantine atau juga dikenali sebagai Rom Timur dan seterusnya menakluk Constantinople dan berjaya menembusi kota yang kebal ini dan ditukar kepada nama Islambol.
  3. Sabda Rasulullah amat tepat sekali, bersesuaian dengan mukjizat Allah kepada baginda yang meramalkan sesuatu kejadian masa depan dengan tepat.
  4. Malah, catatan sejarah juga membuktikan Sultan Muhammad al-Fateh seorang yang warak dan berilmu. Beliau dikatakan tiadak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah, solat sunat rawatib dan juga solat tahajud seumur hidupnya.
  5. Namun, beliau tiadak lari daripada menjadi mangsa fitnah sarjana barat, yang kononnya beliau juga seorang homoseksual yang pernah meminta seorang bangsawan Kristian menyerahkan anak lelakinya yang tampan berumur 14 tahun sebagai bahan untuk memuaskan nafsunya.
  6. Adalah fitnah semata-mata, fakta yang dikemukakan oleh sarjana barat yang sentiasa cemburu dan sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai sabda Nabi Muhammad daripada mempercayai serangan fitnah sarjana barat.
  7. Walaubagaimanapun, kaedah memfitnah seseorang tokoh dengan mengaitkan dengan masalah moral telah menjadi ikutan dalam permainan politik moden termasuk di Malaysia.
  8. Sedangkan Sultan Muhammad alFateh boleh difitnah sebegitu, inikan pula Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya dengan menyertai UMNO.
  9. Walaupun beliau mendakwa ingin mencuci UMNO dari dalam, tetapi adalah mustahil hendak mencuci tong najis yang mana orang tidak akan berhenti berak didalamnya, sehinggakan orang yang nak mencuci turut sama terpalit kotoran najis tersebut.

Tuesday, June 28, 2011

Kisah dan Tauladan


  1. Aku kerapkali mendengar kisah kebesaran Allah yang disaksikan oleh pelajar-pelajar kita di bumi Mesir tentang kisah seorang hafizah Malaysia yang menemui ajal di sana.
  2. Apabila kamar makamnya dibuka setelah bertahun-tahun di liang lahad, keadaan jasadnya tetap segar, pipinya dikatakan masih kemerah-merahan.
  3. Seronok juga mendengar cerita terutama daripada mereka yang pernah melawat kubur tersebut yakni bekas-bekas pelajar Azhar.
  4. Kebanyakan versi yang sama, sampai di Mekah pun ada juga seorang sahabat yang menceritakan tentang mayat hafizah tersebut.
  5. Tetapi ada juga yang turut melawat makam seorang Sheikh, yakni seorang ulama pro- kerajaan Hosni Mubarak yang juga merupakan seorang tahfiz, tetapi yang tinggal hanya serpihan tulang dan bau teramat busuk yang mencucuk hidung.
  6. Perkuburan di tanah Arab ibarat bilik terowong bawah tanah, yang mayat akan dimasukkan ke dalamnya bersusun-susun.
  7. Oleh itu, bagi yang bergelar ulamak jika bersekongkol dengan pemimpin yang lemah aqidah agamanya sampai bini pun tak mampu dipimpin, maka dengan ulamak, dengan pemimpin dan dengan bini pemimpin akan dipimpin ke neraka dan dihimpit dalam kubur sampai reput.
  8. Beringat-ingatlah penyokong-penyokong pemimpin.

Wednesday, June 15, 2011

Silat Lincah

Assalamualaikum. Post ini merupakan sumber rujukan ahli-ahli silat lincah yang masih di peringkat pertama atau dikenali dengan taraf kuning-kuning.

Thursday, December 9, 2010

KERAJAAN KEMARUK DUIT RAKYAT!!!

KERAJAAN KEMARUK DUIT RAKYAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
  1. Saman ekor dan renew road-tax adalah 2 perkara yg tidak sepatutnya dihubungkait. Saman ekor adalah dakwaan kesalahan trafik yg dirakam dr jauh yg sepatutnya dibuktikan dakwaan tersebut melalui proses kehakiman, manakala renew road-tax adalah suatu proses membayar cukai kpd kerajaan atas kenderaan yg digunakan di jln raya.
  2. Namun kerajaan kita telah melaksanakan HUKUM KANUN RIMBA dgn menghukum pemilik kenderaan yg ingin renew road-tax atas kesalahan yg blm pasti dan tidak pernah dibuktikan.
  3. Hukuman ke atas pemilik/penama kenderaan adalah suatu penganiayaan yg tidak sepatutnya berlaku krn tidak semestinya pemilik yg melakukan kesalahan yg didakwa.
  4. Cth; isteri saya merupakan penama pd 3 kereta termasuk yg digunakan oleh ayahnya dan abangnya. Isteri sy gagal utk renew road-tax selama setahun dan hanya diberi enam bln krn didakwa blacklisted. Setelah disemak terdapat KONONNYA 23 saman ekor speed trapped, tapi itu semua adalah KONONNYA, dan kesalahan tersebut tidak pernah dibuktikan.
  5. Isteri saya yg setahu saya memandu ibarat seekor kura2 terkedu apabila dimaklumkan kesalahan yg TIDAK PERNAH DILAKUKANNYA. Beliau yg agak lurus bendul menangis teresak2 sejurus gagal renew road-tax utk tempoh setahun spt biasa. Tidakkah ini suatu penganiayaan?
  6. Saya tidak pernah mempertikaikan kedaulatan undang2 negara termasuk undang2 trafik TAPI saya mempersoal cara kerajaan memperolehi hasil negara dgn cara menindas rakyat yg tidak bersalah.
  7. Andaikata kerajaan ingin memastikan undang2 dipatuhi, sepatutnya pemandu yg melanggar kesalahan dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan bknnya melalui cara mudah dan tidak bertanggungjawab.
  8. Apakah sdh tiada konsep pengasingan kuasa antara mahkamah dan eksekutif di negara ini?Kalau begitu benarlah spt apa yg didakwa bahawa sistem kehakiman kita telah tercemar teruk.
  9. Apakah kerajaan sudah terlalu terdesak utk memperoleh pendapatan negara? Ke mana perginya hasil negara kita dari sumber yg lain? Kalau begitu benarlah spt apa yg didakwa bahawa isteri PM (Rosmah The Perasan 1st Lady) perampas harta negara melalui program PERMATA.
  10. Kerajaan hanya menutup ketirisan besar dgn kawalan media dan mengupah penggodam di internet, namun benda busuk pasti HAK PASTI MENGATASI YG BATIL!!!!!!Saya bkn aktivis mana2 parti politik TAPI saya adalah rakyat biasa yg pasti mengundi pada setiap kali pilihanraya!

Friday, December 3, 2010

NIKMAT SEBAGAI MUSLIM


  1. Assalamua'laikum warah matullah hiwabarakatuh. Berdasarkan pengamatan, anugerah yang paling berharga kepada orang Islam yang tidak akan ada pada penganut agama lain ialah ibadat Haji.
  2. Pada tahun ini saja seramai 4 juta umat Islam dari serata dunia berkampung di kota suci, menjadi ibadat Haji sebagai perhimpunan manusia terbesar di dunia.
  3. Manusia yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang budaya atas tujuan yang satu yakni mengabdikan diri pada Tuhan Yang Satu.
  4. Walaupun terdapat perbezaan bahasa, namun kami masih dapat berkenalan antara satu sama lain.
  5. Jutaan manusia mengelilingi Kaabah menggambarkan keseluruhan alam termasuk bumi dan matahari serta semua di angkasa bertawaf pada arah yang sama kepada yang Satu.

Fortunately, To Be Born As A Muslim






  1. Assalamua'laikum warahmatullah hiwabarakatuh. I'm writing on my first day in Malaysia after 45 days in the holy city of Makkah al Mukarammah included 8 days in Madinah al Munawarah.
  2. When I was there, I really thank to God The Almighty for choosing me amongst billions of Muslim to be one of His guest in the crowd of 4 millions Muslims this year.
  3. My heart was really touched deeply and I feel the best thing to be as a Muslim is performing haj.
  4. The experience that only for Muslims could have and no other religion could have this kind of experience.
  5. Muslims from all around the world and from all sorts of social class and with different culture could meet up.
  6. As I see, nearly all of them are good, only some them are a bit rough, but they are really kind.