Tatkali membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran, saya seringkali terbaca ayat yang maksudnya lebih kurang begini,"Kami tidak meminta rezeki dari kamu, malah Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu". Perkataan 'Kami.." bermaksud Allah SWT, manakala perkataan "....kamu" dalam ayat tersebut bermaksud umat manusia.
Rezeki membawa skop yang agak luas; antaranya kesihatan tubuh yang baik, makanan dan minuman yang disuap ke mulut, nikmat selera menikmati kelazatan dan kesedapan makanan yang dijamah, kemudahan tempat tinggal, pakaian dan keselesaan menggunakan kenderaan. Di zaman moden ini, skop rezeki menjadi lebih luas, mencakupi kemnudahan alat telekomunikasi serta lain-lain nikmat kemudahan yang dikecapi, contoh seperti keselesaan tinggal dalam rumah atau bilik berhawa dingin.
Rezeki, bolehlah ditafsir sebagai apa sahaja yang dapat dinikmati oleh makhluk, sama ada manusia, haiwan mahupun golongan jin.
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah ditetapkan rezeki. Rezeki akan terhenti apabila seseorang manusia itu meninggal dunia untuk beralih ke alam barzah sementara menanti kiamat. Sebab itulah apabila mukjizat Nabi Isa a.s. yang menghidupkan seseorang yang telah mati beribu-ribu tahun melarang para sahabatnya yang ingin membawa pulang hamba Allah umat Nabi Nuh a.s. tersebut ke rumah mereka untuk menunjukkan kepada ahli keluarga yang lain dilarang kerana rezekinya sudah terhenti.
Wang ringgit yang hanyalah helaian kertas bukanlah rezeki, namun hari ini, bila bercakap soal rezeki, wang ringgit lah yang akan terbayang di kepala otak kita. Kertas yang bernama wang itu hanyalah alat untuk menukar untuk memperolehi rezeki.
Andaikata seseorang itu memiliki wang berjuta di dalam akaun, ianya belum tentu boleh ditukar bagi mendapatkan rezeki. Namun hari ini, manusia menganggap wang lah segalanya malah ramai yang bertuhankan wang. Namun ramai yang tidak mengaku.
Manusia perlu disedarkan definisi rezeki yang sebenarnya, dari mana datangnya rezeki dan untuk siapakah rezeki tersbut andaikata seseoran dilimpahi rezeki yang banyak.
Rezeki BUKAN di tangan manusia tetapi terdapat manusia yang diamanahkan rezeki yang melimpah ruah untuk diagih-agihkan kepada manusia yang lain, sama ada kepada anak-anak, isteri, ibubapa dan juga bersedekah kepada yang memerlukan, dan yang paling penting ialah menunaikan zakat.
Adalah kufur jika kita mengatakan rezeki itu datangnya dari makhluk atau sekumpulan makhluk atau nama modennya parti politik, Rezeki itu datang daripada Allah SWT, hati makhluk digerakkan untuk mengagih rezeki. Neraka disediakan bagi manusia yang tidak mengagih rezeki yang diamanahkan kepadanya dengan betul.
Para ulamak disarankan menerangkan tentang rezeki ini kepada umat Islam bagi membetulkan akidah sebahagian dari kita yang telah terpesong akibat yafsiran yang salah tentang rezeki. Malah ustaz envelope seperti Ustaz Kazim disarankan bertaubat atau jangan mengikuti cara sebahagian rabbi Yahudi.
Open House Raya 2025
-
Simpan sini menu-menu open house kami malam tadi untuk rujukan tahun depan.
Open house ni Cik Q yang anjurkan sebenarnya, Mama tolong masakkan je.
Jadi Ma...
Depresikah Aku?
-
Aku pejam mata lama lama sebelum tulis post ini. Rasa nak share, rasa tak
nak share. Mana satu, sendiri confius. Banyak baca pasal depressi because
aku nak...
Lazada | 11.11 Shopping Festival - Unboxing Time!
-
hai korang! :)
berjaya mengharungi 11.11 dengan tenang? haha!
banyak ke korang shopping aritu?
betul kan *11.11 Lazada Shopping Festival* menawarkan bany...
Ramadhan 2018
-
Salam Ramadhan...
Dah 13 hari kita mengerjakan ibadah puasa...
dah Check diri? Sama ada kita dah laksanakan Azam kita tuk puasa kali nie?
Kebanyakan Azam ...
3D2N Koh Lipe, Thailand
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Haiiiii...
It's been awhile.
Lama gila tak update blog kan.
Hihihi.
Harini tetiba ada mood untuk update plak.
N...
FHx COC (Clash of Clans)
-
Clash of Clans merupakan game yang paling banyak diminati pengguna
smartphone. Entah apa yang membuat game ini begitu seru hingga para
pemainnya lupa waktu...
other behalf
-
testing,testing..
testing nak blog dari phone sebenarnya.
belanja satu gambaq kahwin.
dah boleh update guna phone ni rajin la kot update blog.
kot....hahaha
Kren tumbang di Makkah,154 cedera.
-
بسم الله الرحمن الرحيم MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah
terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa
bumbung Masjidi...
Jasmine Homestay, Skudai, Johor
-
Homestay sedia untuk disewa untuk penginapan majlis perkahwinan, majlis
konvokesyen, bercuti, urusan pekerjaan dan lain-lain di Jalan PI 8/9, Taman
Pul...
Isu Palestin
-
Ada banyak sebab blogger tak update blog. Dalam kes aku, sebab takde idea
nak ulas isu apa, lagipun ditambah dengan tabiat kurang membaca jadi kurang
lah i...
- Jabir Ibnu Hayyan -
-
Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang perintis dalam bidang ilmu kimia yang
amat terkenal. Di Eropah, beliau lebih dikenali sebagai Geber.
Nama sebenarnya ia...