Saturday, May 29, 2010

Masjid Oh Masjid!

  1. Selain menjadi tempat beribadat umat Islam, masjid sepatutnya menjadi institusi sosial yang paling penting bagi umat Islam, selaras dengan sunnah Rasul.
  2. Sejurus Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda mendirikan masjid yang menjadi lokasi berkumpulnya umat dalam semua urusan selain tempat solat berjemaah.
  3. Kini di Malaysia, boleh dikatakan banyak masjid yang indah dibina, tetapi sayang sekali, penggunaannya tidak dimaksimumkan, hanya seminggu sekali dipenuhi umat, yakni ketika solat Jumaat, manakala untuk solat fardu 5 kali sehari boleh dikira dengan jari bilangan safnya.
  4. Setelah selesai solat jemaah Isyak, kebanyakan masjid akan dikunci, atas alasan mengelakkan kecurian, walaupun setiap masjid dilantik tok siak. Kalau ada yang terlewat nak menunaikan solat Isyak, jawapannya ialah solatlah di tempat lain, sama ada di rumah atau di bilik hotel.
  5. Para musafir yang kurang berkemampuan tidak boleh lagi mengharapkan tumpang bermalam di masjid kerana pintu pagarnya berkunci atau bagi sesetengah tempat yang agak lebih kasar, petugas masjid akan menghalau mereka.
  6. Bagi anak muda yang sesat di kota, jangan harap dapat bermalam di masjid, justeru ada yang bermalam di gereja, malah dipelawa dengan penuh hospitaliti oleh paderi yang bertugas.
  7. Setelah ada anak Melayu yang mendekati gereja, maka adalah suara-suara senada Zul Nordin yang mengecam pihak gereja atas alasan mereka cuba mengkristiankan anak Melayu yang lahir dari keluarga Islam.
  8. Kita tidak pernah mendengar teguran kepada pihak masjid yang telah memberi ruang kepada pihak lain untuk membuat kebajikan atas prinsip kemanusiaan terhadap anak bangsa. Kita hanya sibuk menyalahkan pihak agama lain, walaupun kita sendiri yang memberi ruang kepada mereka. Kita sendiri yang menjauhkan umat dari masjid.
  9. Oh! Mesti ada yang berpendapat kononnya masjid perlu dijaga kesuciannya dari dicemari, tetapi apakah itu ajaran nabi kepada kita dalam hal mengimarahkan masjid. Kalau kita bimbangkan keselamatan tok siak atau harta benda, kenapa tidak digajikan saja pengawal keselamatan bertugas, hairan juga jika seorang paderi boleh menjaga gerejanya dan mengalu-alukan tetamu atau musafir tanpa mengira kaum dan agama, mengapa imam, bilal, khatib atau tok siak yang kebanyakannya dibayar elaun oleh jabatan agama tak boleh. Bukankah berbuat baik sesama manusia itu suatu bentuk dakwah yang amat berkesan seperti mana nenek moyang orang Melayu yang memeluk Islam disebabkan layanan berhemah mubaligh Islam di masa lampau.
  10. Justeru itu, artikel ini diharap dapat menyedarkan kita tentang kelemahan fungsi masjid, realitinya kita sudah terlebih sekular dari sekularis sendiri yang ingin mengasingkan agama dari setiap aspek kehidupan, apa salahnya jika institusi masjid menjadi tempat bergantung masyarakat dalam kesusahan. Saya menulis berdasarkan pengalaman kesukaran untuk singgah solat Isyak di masjid selepas pukul sepuluh malam.

Sunday, May 16, 2010

Chosen To Be A Teacher

  1. During the re-union met up with my ex-schoolmates recently, one of them known as Chow Beng Aun shockingly said,"I couldn't believe you're a teacher until I see with my own eyes you are teaching in the class". He was not the only one can't believed that I'm in the teaching profession.
  2. I used to be a bad boy in a small town. When I was in the secondary school, I always got caught smoking, skipped school, fighting, punctured the teacher's vehicle tire and other nasty. So, who could believe that this crook would become a teacher.
  3. When I applied to be a temporary teacher(a year before enter the teacher's college), I just wore jeans pants and rockers Uriah Heep's t-shirt with long hair in style, but I'd been offered to start teach in the next day at the famous government religious secondary school in Penang, and I taught history for the form four classes.
  4. After I completed my teaching course, I began to teach in the Klang Valley for nearly eight years until I married and return to teach in Penang. During my early years became a teacher, I kept on dealing with my junkies friends either in Penang or KL and unfortunately I got arrested during holidays and sent to rehab. I thought that was the end of my career BUT the Almighty God provides the fortune for me as a teacher. No one dares to help me to get back this job ONLY the God determines me to be a teacher.
  5. Even the narcotics cops in my hometown could not believe that I'm still teaching today, and I still remembered the words by the Inspector during my detention in the lock-up, "I'll make sure that you'll be fired as you're not qualified to be a teacher!".
  6. Today, I'm still a teacher and I have a daughter and a wife, and we live in our own house, and besides a popular English teacher, (although I'm a Malay optionals), I'm also a silat instructor. Even though some people are still dealing with me in prejudiced, but I'm still one of the best teacher in town and there are number of tuition centers offering me for the side income.
  7. I've been teaching for more than 13 years as a qualified teacher and 2 years as a temporary teacher, and I just completed my first degree in USM and I'm waiting for my convocation. That's why I consider myself as a chosen person to be a teacher and I will teach forever.

Tuesday, May 11, 2010

Bola Sepak Malaysia


  1. Demam bolasepak dunia akan menjelma tak lama lagi apabila sepak mula bermula di Afrika Selatan tak lama lagi. Akibatnya ramai lah nanti yang tersengguk-sengguk di tempat kerja, akibat berjaga dan bersengkang mata menonton perlawanan live di kaca televisyen.
  2. Sembang-sembang bola mula kedengaran di sana-sini dengan masing-masing dengan hujah masing-masing tentang pasukan mana yang bakal bergelar juara dunia. Realitinya, peminat bolasepak tempatan terus-menerus memuja pasukan luar seperti Brazil, England dan Spain, bila ditanya," Malaysia, hangpa tak sokong kah?" ramai yang mendengus"Uhh!".
  3. Bolasepak Malaysia terus menjadi malap ibarat demam tak kebah, biar bermacam perancangan dan idea dikemukakan. Tuding-menuding kesalahan menjadi rutin, tetapi bolasepak Malaysia seolah-olah terkena sumpahan Mahsuri.
  4. Namun, tiada siapa pernah bertanya kepada guru atau jurulatih bolasepak di peringkat sekolah rendah, apa masalah dan puncanya kita gagal menyerlah atau melahirkan pemain berkaliber seperti zaman Mokhtar Dahari dan seangkatannya.
  5. Andai saya disoal, pasti saya akan mendedahkan kepincangan sebenar. Jika di zaman Mokhtar Dahari, murid-murid sekolah tidak dibebankan dengan terlalu banyak jenis sukan seperti hari ini, tetapi hari ini, guru-guru dari pelbagai jenis permainan akan berebut-rebut murid yang sama untuk mewakili pasukan sekolah.
  6. Akhirnya, murid yang masih belum matang menjadi keliru. Selalunya, jika murid itu pemain bolasepak, dia juga pemain bola baling, rugby sentuh, sepak takraw, olahraga dan maca-macam lagi yang akhirnya tiada satu pun yang akan dikuasainya dengan kemahiran terbaik. Dalam usia sebegini, murid memang suka bermain, kalau boleh tak masuk kelas setahun pun tak apa.
  7. Sepatutnya, pihak JPN atau PPD negeri menghadkan jumlah jenis sukan yang akan disertai oleh sesebuah sekolah, kalau sekolah yang muridnya di bawah seribu, sewajarnya dihadkan kepada 3 jenis permainan dan sekolah -sekolah tersebut wajar menjalankan program sukan yang dipilihnya dengan terancang. Sewajarnya ibubapa diberitahu program sukan yang dijalankan di sekolah tersebut, supaya ibubapa juga dapat memilih sekolah berdasarkan sukan yang dianggap berpotensi untuk anak mereka.
  8. Ibarat melentur buluh biar dari rebungnya, begitu juga sukan terutama bolasepak yang menjadi sukan popular di Malaysia sejak sekian lama. Sekolah-sekolah wajar menetapkan jenis sukan yang akan disertai berdasarkan minat masyarakat setempat, contohnya bagi kawasan majoriti masyarakat Cina, wajar sukan bola keranjang dan ping pong disertai, bagi kawasan pelbagai kaum, bolasepak wajar dijadikan pilihan.
  9. Namun, belum ada idea sebegini yang pernah kedengaran diutarakan oleh golongan cerdik pandai. Bakat pemain bolasepak wajar dicungkil sejak dari sekolah rendah lagi, dan bakat kecil yang dikesan tidak wajar dibebankan dengan jenis-jenis sukan permainan yang lain.
  10. Pelbagai jenis sukan terus mendapat tempat di Malaysia kini, sedang pasukan bola sepak kita masih terkial-kial.

Thursday, May 6, 2010

Separuh Islam?


1. Dalam perlembagaan, seseorang Melayu mestilah seorang penganut Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.
2 . Andai ditanya kepada orang Melayu, “Apakah anda seorang yang percaya pada ajaran Islam?”, majority akan menjawab “YA” dengan penuh yakin dan jika ditanya “Adakah anda percaya kepada kitab suci Al-Quran?”, ramai yang akan menjawab “YA”, walaupun ramai juga yang jarang membaca, apa lagi memahaminya.
3. Namun, realitinya ramai enggan memahami dan mengikuti sepenuhnya ajaran daripada kalam Allah, malah ada segelintir yang memahami tetapi enggan mengikuti sepenuhnya, dan yang kurang memahami sepenuhnya isi Al-Quran enggan berusaha ke arah memahami isi kitab suci dengan bersungguh-sungguh.
4. Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW di Padang Arafah semasa Haji Wida’ pada tahun 10 Hijrah, baginda menyatakan dengan jelas tentang kewajiban umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan Hadith sehingga kiamat. Hadith merupakan sabda atau kata-kata Rasulullah dan Sunnah yakni perlakuan baginda. Ini termasuklah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial umat Islam. Riba dengan jelas diingatkan haram hukumnya semasa khutbah tersebut, tetapi hari ini sistem perbankan berasaskan riba dibenarkan di negara kita.
5. Namun, hari ini ramai orang Melayu yang mengaku Islam menganggap undang-undang syariah terhadap jenayah iaitu hudud tidak sesuai untuk zaman ini kerana zaman moden dan negara kita berbilang penganut agama.Kemudian ada yang buat lawak bodoh, mengatakan hukum hudud kalau dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja tidak adil kerana kelak hanya orang Islam yang kena potong tangan. Zaman dah tak sesuai untuk ikuti sepenuhnya ajaran Quran, kerana kononnya ajaran Al-Quran hanya relevan pada zaman Nabi Muhammad. Kepada mereka yang beranggapan demikian, “PERGI JAHANAM DENGAN RELEVAN KAMU”.Hukum Islam WAJIB bagi setiap Muslim!
6. Ideologi mengasingkan agama daripada politik adalah strategi musuh Islam sejak di zaman Perang Salib lagi. Kuasa-kuasa Kristian Eropah telah sependapat pada masa itu bahawa umat Islam hanya boleh dilemahkan sekiranya pegangan akidahnya dipesongkan sedikit.Hasilnya fahaman “Nasionalisma” menjadi senjata mereka untuk menundukkan Empayar Khalifah Othmaniah dalam Perang Dunia Pertama. Mereka menyebarkan fahaman nasinalisma kepada wilayah-wilayah Arab dan menanam semangat anti bangsa Turki kepada dunia Arab, akhirnya Empayar Othmaniah runtuh sama sekali hatta di Turki sendiri.
7. Sejarah telah terbukti, sejak dari runtuhnya sistem politik Islam yakni sistem Khalifah Islamiyah telah membawa kemunduran dan kelemahan kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Kita hanya disajikan dengan kisah lampau mengenai Tamaddun Islam. Namun kegemilangan tamadun Islam hanya muncul hasil daripada politik Islam yang kononnya ketinggalan zaman TETAPI sejak dari terbentuknya sistem kenegaraan yang dibentuk oleh mereka yang menang dalam Perang Dunia, negara umat Islam manakah yang mampu mengembalikan kegemilangan silam?

Wednesday, May 5, 2010

Kesesakan Yang Merimaskan


  1. Rakyat semakin bertambah, maka bertambahlah bilangan kenderaan di jalan raya.Lebih-lebih lagi apabila" salesman "Perodua , Proton dan lain-lain setiap hari mencari pelanggan untuk mencari makan.
  2. Keadaan menjadi semakin sesak dengan pertambahan traffic lite di sepanjang perjalanan, ekoran pertambahan taman-taman perumahan. Keadaan diburukkan lagi dengan lokasi bangunan pencakar langit yang rapat di kawasan bandar. Cuba anda bayangkan, sebuah bangunan pencakar langit menempat berpuluh atau beratus pejabat/premis yang terdapat beratus atau beribu pekerja dan klien yang sudah tentunya menggunakan kenderaan sendiri.
  3. Kesesakan mungkin akan jadi lebih parah dalam masa sepuluh tahun mendatang andai kata tiada langkah diambil dari sekarang. Anda mempunyai jawapan sendiri, adakah langkah yang telah diambil atau yang sedang diambil kini berkesan atau tidak.
  4. Asyik-asyik yang kita dengar, kongsi kereta dan galakkan orang gunakan pengangkutan awam, tetapi adakah ianya berkesan atau mendapat sambutan? Apakah orang yang mencadangkan langkah berkongsi kenderaan itu juga berkongsi kereta dan adakah dia tahu masalah yang timbul dalam berkongsi kereta? Adakah pak-pak menteri turut berkongsi kereta ke pejabat, atau wakil-wakil rakyat berkongsi kereta sepenuhnya? Saya rasa mereka hanya berkongsi dengan pemandu ataupun bodyguard masing-masing.
  5. Apakah pak-pak menteri sering guna pengangkutan awam? Oh mungkin ada orang kata, mereka itu menteri, mana sama dengan rakyat biasa. Tapi tujuannya ialah supaya mereka itu benar-benar faham tentang masalah rakyat sama ada berkongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam.
  6. Untuk menangani masalah kesesakan sebenarnya bukan hanya melaun-laungkan kempen kongsi kereta atau naik bas mahupun LRT, tetapi perlukan perancangan menyeluruh. Pihak berkuasa sepatutnya berupaya menetukan arah laluan trafik pengguna jalan raya. Jangan terlalu fokuskan hanya pada kawasan tertentu untuk orang ramai berurusan, sama ada urusan kerajaan, perniagaan, bershopping dan pelbagai termasuk peluan-peluang pekerjaan. Maksudnya di sini jangan hanya tumpukan pembangunan padsa kawasan tertentu sahaja.
  7. Sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan sekiranya terdapat peluang mencari rezeki. Contohnya Lembah Kelang menjadi tumpuan kerana terdapat pelbagai peluang di sana. Saban tahun beribu-ribu tenaga kerja dari seluruh pelusuk Malaysia mahupun dari negara asing yang berhijrah ke sana. Oleh yang demikian, sudah tentulah ianya turut mengundang kepada pertambahan kenderaan dan kesesakan pun menjadi parah.
  8. Sewajarnya seimbangkan lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai, Malaysia bukan lah ketandusan tanah. Sedangkan Singapura yang jauh lebih kecil daripada Malaysia mampu mengawal kesesakan jalan raya, mengapa Malaysia yang berpuluh-puluh kali ganda luasnya tidak boleh. Alihkan tumpuan orang ramai ke kawasan yang kepadatannya rendah dengan membangun kawasan itu, seperti mana kawasan Lembah Kelang dimajukan dengan penyediaan peluan pekerjaan merupakan faktor penarik yang paling penting. Tetapi kalu setakat gaji tidak seberapa atau hanya peluang menjadi buruh estet, bukan saja anak saudara Pak Menteri yang tak mahu kerja, malah anak buruh estet sendiri pun tak mahu.
  9. Kalau nak menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, pastikan ianya efisien, hentiannya biarlah strategik bagi sistem monorel atau LRT, dan jangan lah hanya wujudkan LRT di Lembah Kelang sahaja, Wujudkan juga di semua bandar utama.
  10. Namun, kita masih tidak melihat langkah sedemikian dimulakan, hanya pembukaan PUTRAJAYA sahaja, dan itu pun khusus untuk pak-pak menteri bersama staf-stafnya. Selain daripada kesesakan jalan raya, kadar kemalangan turut meningkat saban tahun.

Sunday, May 2, 2010

The Dark Side Of My Life (2)

  1. Drug addiction had became the serious problem for this country for such a long period of time.
  2. Even the death penalty implemented since Dr Mahathir took over the premiership in the early 80-s, the number of new addict had increased rapidly and the the penal code of 39B seems nothing to the drug dealers, and the situation is getting worst because of the corruption practice.
  3. The hike of drug addictions led to the high rates of street's crimes such as snatching, house breaking, car or motorcycle's theft and others. Those are the easy ways to earn the instant cash because they need around RM50 to RM100 per day to spend on drug such as heroin.
  4. As a result, the society hates the junkies and some of them will never accept or forgive and reject them forever.
  5. Actually, the drugs have the power to transform the attitudes of the addicts, for examples from the honest turn to dishonest; and from tell the truth turn to a liar.
  6. The drugs abused is a social illness but they were treated as criminal. The real crimes are the corruption's practice that led to rise the production of the drugs, the power abuses while enforcing the law involving the drugs.
  7. We always hear the debates about drugs abuse or addiction's problem among the society and most of them put the major blame on the addicts themselves or their parents. We seldom hear the question on how the drugs are easily produced in this country or why the death penalty unable to stop the drugs syndicate run their business here.
  8. Nobody dares to ask the police reputations on drugs and the police ability in order to stop or at least reduce the rates.Nobody dares to ask the major causation that led to the rapidly hike the number of drug abuse. Most of the society members looked the junkies as pariah(maybe none of their family member involved in drugs).
  9. I was considered one of the luckiest person in the world; after I'd been released from rehab, the God still keep the fortune(rezeki) of mine, as I've been called to continue the teaching career, even though faced the action by Disciplinary Board (Lembaga Tatatertib), the Ministry of Education, and I was one from thousands addicts in the civil services that was not terminated from the service. As far as I know, the drugs convicted will not be accepted either in the government or the private sectors.
  10. I wonder how could the treatment be effective if the ex-addicts had been rejected by every one.